Selangor Kurangkan Bebanan Rakyat

TvSelangor

SHAH ALAM 28 FEB: Dalam situasi kemelesetan ekonomi Malaysia belum pulih, kerajaan Selangor tidak pernah mengabai tanggungjawabnya untuk memastikan bebanan rakyat dikurangkan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri sangat komited dalam merakyatkan ekonomi negeri ini dengan memastikan semua rakyat menerima hak sama rata.

“Saya mendapati masyarakat merasakan bahawa program merakyatkan ekonomi adalah program untuk mereka. Oleh sebab itu, saya hendak memperingatkan, Selangor adalah untuk kita semua dan rakyat Selangor berhak kepada kekayaan dan sumber ekonomi Selangor,” katanya.

Abdul Khalid menegaskan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah kerajaan terbaik di negeri ini berbanding 50 tahun di bawah cengkaman pentadbiran Barisan Nasional yang sarat gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Kita tidak ada penyelewengan, tidak ada rasuah, tidak ada usaha untuk melambat-lambatkan keputusan untuk rakyat. Sempena Chap Goh Mei ini, kita berazam membawa pembangunan yang terbaik di Malaysia,” katanya.

Sejak mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan BN, kerajaan Pakatan Rakyat giat memperkasakan kebajikan rakyat melalui program MES walaupun dibebani pelbagai masalah warisan BN.

Antara bentuk bantuan dalam program MES ini ialah Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas, Pusat Khidmat Krisis Sehenti OSCC, Bekalan Air Percuma bagi 20 meter padu pertama, Hadiah Anak Masuk Universiti, Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang dan Program Penempatan Hasil Bahan Mineral dan Galian.

Lebih 10,000 orang ramai hadir pada Majlis Sambutan Chap Goh Mei di bandar I-City Shah Alam sekaligus membuktikan rakyat memberi sokongan padu kepada kerajaan negeri.

Pejabat Ketua AMK

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

One thought on “Selangor Kurangkan Bebanan Rakyat”

  1. Ya, Syabas YB Khalid, Program merakyatkan ekonomi ini perlu dicontohi oleh semua negeri di bawah pakatan. Masyarakat selangor seharusnya sudah merasakan keselesaan di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan ini. Saya masih tidak lupa cadangan Kerajaan Selangor di bawah BN dulu untuk mengenakan bayaran untuk air hujan atau perigi (kalau tak salah saya) – Rakyat selangor tidak kira agama, bangsa dan penyokong mana sekalipun kini bandingkanlah dengan akal fikiran sendiri. Siapa yang layak memimpin anda? Sumber pendapatan kita banyak tetapi tidak diagihkan dengan ikhlas oleh kerajaan UMNO/BN. Kini bila Kerajaan Pakatan melaksanakan tugas mereka dengan bertanggungjawab BN/UMNO rasa tergugat dan mula memainkan sentimen perkauman kononnya mereka lebih menyayangi dan mementingkan orang melayu. Apakah yang dinikmati oleh orang-orang yang berdemonstrasi bagi pihak UMNO/BN ini ? Pemimpin dan Kroni-Kroni UMNO/BN ini menggunakan sentimen-sentimen ini untuk memastikan pendapatan mereka terjamin dan bukannya perjuangan lain seperti yang diwar-warkan oleh mereka. Yang bodohnya kita sebagai rakyat.
    Rakyat seluruh negara perlu bangkit dan memberi peluang kepada kerajaan Pakatan ini di dalam PRU 13 kelak. Fikirkanlah dan kepada mereka yang masih teragak-agak kongsilah pandangan anda dengan sahabat-sahabat negeri di bawah Pakatan mengenai pimpinan mereka. Lebih baik mengetahui sendiri daripada mengharapkan media-media yang berat sebelah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s