Umno Perlu Cermin Diri Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 3 Mac – Isu permasalahan Melayu dan kepimpinan kerajaan Pulau Pinang yang dikatakan menjadi faktor Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng meninggalkan perjuangan parti, sebenarnya merupakan dakwaan tidak tepat.

Sebaliknya pelbagai isu yang didakwa berlaku di Pulau Pinang berpunca dari kesilapan politik Umno-Barisan Nasional yang gagal menguruskan negeri itu dengan baik selama lebih 50 tahun.

Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusuf berkata bukan sesuatu yang mudah untuk membawa perubahan di Pulau Pinang selepas Pakatan Rakyat mengambilalih segala kebobrokan yang ditinggalkan rejim BN.

“Sebagai pemimpin Balik Pulau, isu yang ditimbulkan oleh Zahrain dan Tan Tee Beng menggambarkan bahawa cabaran mengurus kepimpinan politik Pulau Pinang amat sukar, bagaimana dalam masa 50 tahun pelbagai usaha, sumber, dana dan politik digunakan tetapi Umno gagal membela hak orang Melayu contohnya,’ujar beliau.

Sebaliknya kata Yusmadi Umno dan BN kini menunding jari kepada Pakatan Rakyat dengan mendakwa kerajaan Pulau Pinang gagal membela nasib melayu di negeri itu.

“Saya ingin beritahu pemimpin Umno di Pulau Pinang terutama Ketua Perhubungan Umno, Zahid Hamidi supaya cermin diri sendiri. Bagi saya jangan tipu orang Pulau Pinang, kerana orang Pulau Pinang telah cukup menderita. Sekarang mereka memberi ruang kepada kepimpinan baru dan inilah tanggungjawab saya.

“Gabungan BN telah gagal menyelesaikan masalah Melayu di Jelutong, di Balik Pulau, hari ini saya mendepani. Bagi saya apabila Umno bangun menempelak Pakatan Rakyat yang dikatakan gagal dalam masa dua tahun, itu ibarat menepuk air di dulang, terkena muka sendiri.

Menyifatkan Lim Guan Eng sebagai seorang Ketua Menteri yang bekerja kuat dan berpegang kepada asas Pakatan Rakyat yang berlandaskan prinsip keadilan, Yusmadi memberi sokongan yang tinggi kepada kepimpinan Guan Eng.

“Dalam kerencaman cabaran hari ini saya masih menaruh harapan Lim Guan Eng mampu melakukannya kerana kita tidak diasosiasikan dengan isu rasuah, isu urustadbir dan sebagainya,”katanya.

“Dengan sikap rendah diri saya Ahli Parlimen baru yang tak ada pun “track record” sebagai orang politik, saya perlu belajar kerana cabaran di Pulau Pinang itu hebat. Saya yakin di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim, insyaAllah saya boleh melakukannya,” tambah beliau.

Menurut Yusmadi, dalam membawa agenda perubahan, adalah menjadi suatu perkara biasa apabila sesebuah organisasi politik berhadapan dengan masalah pimpinan dan pengurusan.

Beliau menyifatkan kedua-dua pemimpin seperti Zahrain dan Tee Beng telah “terkorban” dalam memenuhi sebuah citra politik baru.

“Sebagai seorang yang faham tentang perjuangan politik, adalah munasabah untuk sebuah parti baru selama 10 tahun dengan pencapaian sebegini hebat dan harapan rakyat yang menggunung tinggi, mengalami dan perlu sedikit pelarasan,”katanya.

“Adalah munasabah isu pengurusan lebih baik berbanding isu Umno-BN yang mengalami isu dasar, isu perkauman, isu agenda ekonomi dan sosialnya, agenda pendidikannya, yang mana telah ditolak dan memerlukan satu reformasi baru,”

“Tetapi kita di sini masih teguh dari segi dasarnya, bagi saya kalau saya mahu meyakinkan rakyat antara dua pilihan ini, pilihlah parti yang jelas dari segi dasar. Saya yakin pilihan raya akan datang rakyat boleh faham dan saya memberi keyakinan penuh untuk rakyat membuat pilihan,” katanya.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan
Malaysia

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

3 thoughts on “Umno Perlu Cermin Diri Di Pulau Pinang”

  1. Salam Tuan,

    Memang benar, BN telah banyak membuat kesilapan di Pulau Pinang. Rakyat memang mengharapkan perubahan besar di Pulau Pinang.

    Akan tetapi, perubahan ini tidak bermakna Melayu di Pulau Pinang perlu dipinggirkan. Peristiwa gerai Melayu yang dirobohkan amat menyedihkan. Pada masa yang sama, gerai bukan Melayu dibeberapa kawasan tumpuan di negeri tersebut yang dibuka di atas jalan tidak langsung di robohkan.

    Jika PR memberikan lebih perhatian kepada orang Melayu di Pulau Pinang, nescaya sokongan terhadap PR akan melonjak. Mungkin PR merasakan mereka tidak menindas Melayu, tetapi jika telah disuarakan, perlu diberikan perhatian dan bukan sekadar terus menyalahkan orang lain.

  2. saudara shamsul

    tq 4 posting this article. i was worried that yusmadi will also jump ship.

    thank god!

  3. Saya terkilan rupanya hanya ada dua berita mengenai Pulau Pinang. Mac & Mei 2010. Cukup 365 hari berlalu. Melayu Pulau Pinang lenyap setahun dan tunggu jampi serempah kamu semua yang mengaku ‘champion’ orang melayu pulau pinang.

    Pi jaga org calit punggung

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s