Dividen 5.65% KWSP Gimik BN Untuk Pilihan Raya

SHAH ALAM 6 Mac – Tindakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengumumkan kadar dividen lebih tinggi sebanyak 5.65 peratus berbanding tahun 4.50 peratus sebelumnya dilihat satu tindakan kerajaan Barisan Nasional untuk mengambil hati rakyat dalam memenangi pilihan raya yang akan datang.

Pengumuman dividen ini yang dilihat bertentangan dengan keadaan ekonomi sekarang yang masih belum pulih sepenuhnya yang mana kerajaan sepatutnya mengambil tindakan mengukuhkan ekonomi terlebih dahulu agar rakyat dapat berada dalam keadaan selesa.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin menegaskan beliau kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh BN kerana menpergunakan KWSP untuk kepentingan politik mereka bila ada kesan kemarahan rakyat terhadap mereka.

“Bagus beri dividen tinggi tapi saya kesal sepatutnya kerajaan memperkukuhkan ekonomi dulu agar rakyat boleh merasa kesan dari ekonomi yang stabil. Dividen yang diberikan itu bukannya boleh digunakan terus oleh rakyat dan kena tunggu sampai umur 55 tahun baru dapat keluarkan.

“Beban yang rakyat akan tanggung sebenarnya adalah pada bulan Mei nanti jika kerajaan umumkan subsidi minyak akan ditarik balik, bagi saya ini satu tindakan kerajaan untuk meredakan kemarahan rakyat nanti.

“Tindakan BN sebenarnya nak mengelirukan rakyat, malah nak mendodoikan rakyat seolah mereka perihatin bila rakyat lena maka BN akan tekankan rakyat dengan beban tertentu,” tegasnya.

Penjelasan Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman semasa mengumumkan kadar dividen memberitahu keadaan pasaran kewangan global yang tidak stabil boleh memberi kesan kepada nilai pelaburan dan pendapatan masa depan KWSP dilihat satu fakta yang jelas perlu diambil berat oleh kerajaan dalam memperkukuhkan sektor ekonomi bukannya mencari kepentingan politik mereka.

Shamsul juga memberitahu dengan keadaan ekonomi sekarang adakah kerajaan mempunyai sumber kewangan untuk membayar dividen tersebut dan beliau juga menyifatkan keadaan rakyat selepas pengumuman dividen tetap sama malah semakin parah jika kerajaan gagal menguruskan ekonomi dengan baik.

“BN merasakan inilah strategi terbaiknya untuk terus mendapat sokongan pekerja agar terus memilih Umno dalam pilihan raya yang akan datang nanti.Saya rasa BN sepatutnya hentikan tindakan sedemikian mempergunakan badan tertentu untuk kepentingan mereka, sepatutnya mereka mecari jalan untuk kukuhkan ekonomi negara

“BN perlu jadikan kerajaan negeri Selangor sebagai contoh dalam meringankan beban rakyat dengan memberi air percuma, ini yang rakyat nak,” sambungnya lagi.

Sumber : Muhammad Faizal Zakaria, suara-keadilan.com

Pejabat Ketua AMK

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

2 thoughts on “Dividen 5.65% KWSP Gimik BN Untuk Pilihan Raya”

  1. You really think 1.15% extra is going to buy my loyalty? Especially when all of us know that the returns should be higher and that the returns are also being used to prop up crony companies and re-routed to ASB which offers what 7%-8%?? Oh please!!

  2. Didn’t somebody said our economy sudah pulih…??
    Just to jack up that little bit of $$$$ to make us happy…??

    Nah…. Don’t think so!!

    It’s NOT about the money. It’s all about GOOD governance….!!!!
    For Malaysia & Malaysians………………!
    After more than 50yrs & still don’t know, shows how deep the black hole of ********************************* is.

    STOP playing with our tax paying $$$$….!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s