Tindakan Polis ala Gestapo !

Seusai ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru sempena Majlis Sambutan Ulangtahun Pakatan Kali Ke 2, saya, Zulfikar (Setiausaha AMK) dan beberapa teman pimpinan AMK Pusat dan Wilayah Persekutuan telah bergegas ke Balai Polis Pantai.

Tahir Said di wad separa kritikal Hospital Kuala Lumpur, tangan patah dan baju koyak

Khalid dan Naguib di unit kecemasan, Hospital Kuala Lumpur

Ini kerana 3 ahli skuad AMK yang cedera perlu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan segera. Saudara Khalid, Ketua Skuad, luka di kepala kerana dibelasah dengan perisai dan kayu chotar FRU, saudara Tahir, koyak bajunya dan disyaki patah tangan, juga kerana dibalun oleh kayu chotar FRU. Manakala mangsa keganasan polis yang ketiga, Saudara Naguib yang paling teruk dibelasah. Beliau luka di kepala dan muka, badannya lebam depan dan belakang kerana ditendang serta dipijak oleh FRU !

Apakah pihak polis cuba buktikan malam tadi ? Di mana perginya budi bahasa sebagai seorang anggota polis di mana wang gaji mereka dibayar daripada hasil cukai yang dikutip daripada rakyat ? Apakah polis ingin kembali mengganas semula seperti era reformasi, 1998 apabila rakyat mula memanggil mereka sebagai ANJING ? Nah, kalau begitu niat mereka silakan.

Dalam ilmu fizik, ada satu teori; if there is action, there is always a reaction. Tunggulah reaksi daripada rakyat !

Anggota FRU Rempuh Majlis Sambutan Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR 8 Mac – Takut berdepan dengan gelombang rakyat yang menuntut perubahan radikal senario politik tanahair, Umno dan Barisan Nasional sekali lagi memperalatkan anggota keselamatan untuk mempertahankan sistem pemerintahan yang berlandaskan penindasan dan kezaliman berterusan terhadap rakyat.

Malam tadi lebih 30 anggota FRU, dua trak meriam air dan berpuluh-puluh anggota polis dikerahkan untuk mengganggu dan menghalang Pakatan Rayat daripada menyambut ulangtahun kedua kemenangan Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman.

FRU menyerbu pentas utama

Anggota FRU yang berpakaian lengkap merusuh masuk ke dalam perkarangan premis di mana acara sambutan diadakan apabila sahaja Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menamatkan ucapan beliau dan Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali mula berucap pada pukul 9:45 malam.

Keadaan kecoh tercetus apabila anggota FRU cuba menghalang Azmin meneruskan ucapan beliau dan petugas Skuad AMK serta anggota keselamatan Pakatan Rakyat terpaksa berdepan dengan keganasan anggota FRU.

Ketua Skuad AMK mengangkat tangan tanda semangat walaupun cedera.

Ketua Skuad AMK Abdul Khalid Hassar serta dua ahli skuad, Naguib Mahfuz Ismail dan Tahir Said cedera dipukul dengan perisai dan cotar.

Abdul Khalid luka didahi akibat dihentak dengan perisai manakala Naguib luka di muka dan belakang badannya akibat dipijak oleh anggota FRU sementara Tahir mengalami kecederaan pada tangan kanan beliau.
Seorang ahli KEADILAN Lembah pantai yang dikenali sebagai “Lan Mamak” ditahan oleh pihak polis semasa kekecohan berlaku di atas pentas.

“Kami terpaksa berasak-asak melindungi pemimpin Pakatan Rakyat takut dicederakan oleh anggota FRU.

“Dalam keadaan yang kritikal begitu kami sebagai barisan hadapan menjaga keselamatan menghalang pasukan keselamatan daripada merempuh pentas di mana pemimpin Pakatan Rakyat berada,” jelas Abdul Khalid.

Sebelum itu beberapa pegawai dan anggota polis daripada Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur cuba memujuk supaya pihak penganjur membatalkan ucapan pemimpin Pakatan Rakyat tetapi telah di boo oleh hadirin yang melihat tindakan polis itu sebagai keterlaluan.

Ketiga-tiga mangsa membuat laporan polis di balai polis Pantai dalam dan kemudiannya ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan doktor.
Sambutan yang dihadiri hampir 6,000 orang itu terpaksa dipindahkan di dalam dewan selepas Ketua Penerangan KEADILAN Latheefa Koya dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua berubding dengan pihak polis.

Selain Menteri Besar dan Azmin pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir pada majlis itu termasuk Presiden dan Timbalan KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika mengulas mengenai keganasan pihak keselamatan berkata perbuatan mereka akan menyemarakkan lagi kemarahan rakyat terhadap Umno dan BN.

“Ini adalah tindakan yang telah diarahkan oleh pimpinan Umno dan BN. Polis mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk menangkap penjenayah bukannya masuk campur urusan parti politik dan mengganggu gugat aktiviti parti politik.

Sumber : suara-keadilan.com

Pejabat Ketua AMK

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

5 thoughts on “Tindakan Polis ala Gestapo !”

  1. Barisan Neraka wants to create hell for everyone who wants democracy and refuse to become their slaves.
    Get Lost!!

  2. Oh my GOD!!! I don’t even call that an INJURY. That’s just a MINOR CUT (that’s all). Don’t lah make a make FUSS over small tiny cuts, will ya???

    Footballers always get that & in fact the injuries footballers get are much worse than what those 3 dudes got. If we were to call that POLICE BRUTALITY, then, is it correct to say FOOTBALL GAMES should be BANNED because it’s called PLAYERS BRUTALITY?

    Kena cakar sahaja pun mahu COMPLAIN. Macam mana nak LAWAN??? Asyik tahu cakap “LAWAN TETAP LAWAN” tapi bila kena cakar sikit….complain bagai kena BUNUH.

    Apalah woi???

  3. Ini cuma membuktikan bertapa biadap tindakan depa terhadap satu perhimpunan yang aman.
    Ia juga menunjukan bertapa terdesak mereka terhadap sokongan PR dapat.
    Kalau umno ada acara terpaksalah menjemput atuk2, nenek2, budak2 sekolah dan juga angota kerajaan untuk hadir supaya nampak macam banyak yang sokongan. Dan sudah tentu ada ganjaran utk yang hadir.

  4. Itu 3 orang ada mati kah??? Takda kan….habis apa nak heboh.

    Kena langgar sikit aje tapi cakap macam kena kejar parang.

    Lawan tetap lawan memang betul. Tapi mampukah nak lawan dengan semangat pengecut macam ni?

    Lawan adalha untuk pahlawan dan bukannya untul si pondan. Nak lawan janganlah mengadu!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s