Siasat TAN SRI NOR MOHAMED YACKOB !

Siasatan Bekas Setpol Libat Bank Asing, Hartanah Luar Negara

PUTRAJAYA 9 MAC: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas setiausaha politik menteri kanan yang ditahan bersama wang tunai RM2 juta bulan lalu, melibatkan bank asing dan hartanah luar negara.

Lantaran itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, pihaknya memerlukan lebih banyak masa bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

“Kes ini melibatkan akaun bank antarabangsa. Jadi, kita memerlukan masa untuk mengesan harta-harta di luar negara. Beri kami sedikit masa untuk selesaikan siasatan kes ini,” katanya pada satu majlis anjuran suruhanjaya berkenaan.

Pada 18 Februari lepas, bekas setiausaha politik itu yang ditahan pada 12 Februari lalu, dibebaskan oleh SPRM dengan jaminan RM50,000.

Sebelum itu, pegawai SPRM dari Putrajaya telah menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang dan menemui wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta.

Semakan TV Selangor mendapati, kebanyakan blog menamakan Hasbie Satar sebagai individu berkenaan. Hasbie adalah bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, TAN SRI NOR MOHAMED YACKOB

Sumber: tvselangor.com

Pejabat Ketua AMK

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

One thought on “Siasat TAN SRI NOR MOHAMED YACKOB !”

  1. Kita tahu bahawa MACC tidak akan menyiasat terhadap Nor Yaacob, kami rakyat dah jemu dengan BN rompak curi harta rakyat. Semua institusi di M’sia tidak boleh dipercayai lagi.

    Harapan kami sekarang terletak di tangan Pakatan untuk bukti yang Pakatan lebih prihatin dan telus menumpaskan BN.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s