Malaysia Negara Asia Tenggara Paling Ramai

Oleh Rusnizam Mahat

KUALA LUMPUR 12 Mac –
Proksi dan kroni kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Vincent Tan menjadi hartawan terbaru Malaysia yang dinobat sebagai “billionaire” terbaru dunia bagi tahun 2010.

Dalam senarai 1,011 “billionaire” global terbaru yang diumumkan majalah Forbes semalam, Vincent yang memiliki kekayaan AS$1.2 bilion menduduki tempat ke-828 bersama lapan lagi rakyat Malaysia yang lain.

Antaranya bekas “Raja Gula” Tan Sri Robert Kuok yang menduduki tempat ke-33 dengan kekayaan bernilai AS$14.5 bilion, diikuti jutawan Tan Sri Ananda Krishnan ditempat ke-89 dengan kekayaan sebanyak AS$7.6 bilion.

Vincent merupakan kroni dan sahabat baik Dr Mahathir yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal video klip peguam kanan Datuk V.K Lingam mengenai isu mengatur perlantikan hakim yang sekaligus memusnahkan integriti sistem kehakiman di negara ini.

Selain Vincent, keputusan Suruhanjaya DiRaja yang dibentuk bagi menyiasat skandal klip video itu mengesyorkan supaya Dr Mahathir dan empat orang lagi disiasat iaitu dua bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin, V.K. Lingam dan bekas Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berhubung peranan mereka dalam isu pelantikan hakim.

Bagaimanapun, Oktober tahun lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengatakan siasatan tidak menunjukkan sebarang kes penyalahgunaan kuasa sehingga memerlukan pendakwaan dilakukan oleh Peguam Negara terhadap kes video klip berkenaan yang menyebabkan kes itu akhirnya ditutup begitu sahaja.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan
Malaysia

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

One thought on “Malaysia Negara Asia Tenggara Paling Ramai”

  1. Robert Kuok paling kaya di Asia Tenggara. Namum, kekayaan itu hasil usaha gigih di rantau orang dan bukan seperti lain-lain kroni Mahathir hasil daripada Dasar Ekonomi Baru. Robert Kuok meninggalkan Malaysia awal 1970-an apabila DEB mula diperkenalkan dan menumpukan perniagaan di Hong Kong dan China. Harta beliau hari ini dibina hasil usaha gigih sejak 1970-an di Hong Kong. Beliau adalah lagenda peniaga yang sukar ditandingi oleh mana-mana peniaga Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s