PR Runtuhkan Tembok Perkauman BN

NIBONG TEBAL 11 Mac – Politik lapok dan usang Umno-Barisan Nasional yang memainkan isu perkauman semakin jelas ditolak rakyat serta tidak memberi sebarang kesan setelah munculnya politik Pakatan Rakyat yang mengenengahkan kesatuan dan kepelbagaian kaum.

Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution Ismail berkata Pakatan Rakyat telah berjaya meruntuhkan tembok perkauman yang dibina BN sejak 52 tahun memerintah dan menawarkan perubahan yang mampu menyatukan semua kaum serta membangun semula kerangka politik negara yang berasaskan prinsip keadilan dan ketelusan.

“Politik baru yang kita bawa menunjukkan Pakatan Rakyat serius untuk bersama semua kaum bagi menjayakan diri dalam agenda politik merangkumi pelbagai kaum.

“Tawaran politik Pakatan Rakyat sekaligus menolak tawaran lama BN yang melagakan pelbagai kaum agar rakyat tidak bersatu agar mereka boleh melaksanakan dasar kejahatan mereka,” katanya ketika berucap semasa ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Nibong Tebal, Pulau Pinang malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata Umno dan BN telah lama merancang mematahkan kemaraan Pakatan Rakyat yang dilihat memberi impak besar ke atas dasar ciptaan BN dan justeru itu BN merancang pelbagai strategi berlandaskan kezaliman untuk menjatuhkan keteguhan gagasan itu.

Menurut Saifuddin lagi politik perkauman yang diamalkan BN telah memberi kesan buruk terhadap jurang perkauman negara sehingga menyebabkan perbalahan sesama kaum.

“Umno dan BN telah banyak menyentuh isu perkauman yang sensitif sehingga berlaku perbalahan yang boleh memudaratkan negara. Umno sengaja mahu merosakkan pertalian perkauman di negara ini.

“Yang hairannya tidak ada sebarang tindakan polis yang diambil dan siasatan terhadap makhluk-makhluk Umno ini walaupun mereka telah melanggar undang-undang dan Akta Hasutan,” jelasnya.

Tambah Saifuddin BN bimbang atas kejayaan Pakatan Rakyat menyatukan pelbagai kaum dalam satu parti sehingga berjaya menguasai politik semasa dan bakal menguasai pentadbiran kerajaan pusat kelak.

“Kejayaan kita bersatu dikhuatiri BN menyebabkan mereka tidak berdiam diri memikirkan bagaimana menyekat kemaraan Pakatan Rakyat.

“Isu perkauman yang dimainkan oleh mereka kini menghantui mereka kembali setelah rakyat sedar dan terlalu benci kerana mereka telah memusnahkan negara ini dengan penyelewengan mereka,” katanya lagi.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan
Malaysia

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

One thought on “PR Runtuhkan Tembok Perkauman BN”

  1. Memang.. saya setuju.. tapi yang PKR tak sedar ialah PKR dah jadi ‘lap dog’ DAP dalam menerapkan agenda Malaysian Malaysia dengan PKR menyokong menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang akan berdasarkan/ teras kecinaan sama seperti negara jiran Singapore kita.

    Dimana perjuangan teras Melayu dan Islam dalam PKR dan PR?

    Apakah kerana hanya mahu kuasa politik kita sanggup melacurkan agama Islam kita?

    Inilah yang kita lihat, jangan jadi esok kerana mahu kuasa politik agama Islam akan hanya jadi ‘front page’ dalam PKR sebab nak puaskan hati orang bukan Islam.

    Saya malu dengan kepimpinan PKR yang rata-rata hanya jadi ‘lap dog’ DAp.

    Jangan lah syok sendiri, sebab undi bukan datang dari berapa ramai yang hadir ke ceramah kita, atau yang menyokong menulis dalam internet. Sedarkah kita yang sokongan internet hanya bertumpu pada sebilangan kecil sahaja pengundi?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s