Risalah ‘Saiful tak diliwat’, anggota AMK ditahan !

Dua anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak ditahan polis kerana mengedarkan risalah yang mendakwa laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur dan Pusrawi bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat.

Menurut Timbalan ketua AMK Gombak, Zainol Abidin Mohamed, kedua-dua ahlinya, – Muhammad Hafiz Bidin dan Arie Yudistira Ishaq Arifin Fadli ditahan di Masjid Al-Ridwan Ulu Klang sebelum solat Jumaat oleh dua anggota polis.

Zainol Abidin berkata kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke balai polis Taman Melawati sebelum dihantar ke ibupejabat polis daerah Ampang, Taman Dagang.

Beliau yang kini di IPD itu berkata beberapa pemimpin PKR termasuk ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin juga ada bersama.

Menurut Zainol Abidin, pada taklimat khas malam semalam oleh setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, ahli PKR diarahkan mengedarkan risalah tersebut ke masjid-masjid sekitar Gombak.

“Arahan adalah supaya 10,000 risalah diedarkan di 10 masjid di Gombak. Di setiap masjid, kami tempatkan dua petugas,” katanya.

Zainol Abidin berkata kedua-dua Muhammad Hafiz dan Arie Yudistira sempat mengedarkan lebih 500 risalah itu manakala selebihnya dirampas polis.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Sebelum ini, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, mempertahankan hasil pemeriksaannya yang tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Mohd Saiful telah diliwat.

Sumber: Abdul Rahim Sabri, www.malaysiakini.com

Pejabat Ketua AMK

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s