Orang Asal Layak Dapat Status Bumiputera

KUALA LUMPUR, 18 MAC – Orang Asli di negara ini berhak mendapat status Bumiputera kerana mereka bukan sahaja orang Asal di negara ini, tetapi juga merupakan golongan yang paling miskin dalam strata masyarakat.


Bagaimanapun keadaan itu tidak berlaku kerana hanya Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja mendapat keistimewaan berdasarkan peruntukkan dalam perlembagaan.

Perkara ini persoalkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN Datuk Zaid Ibrahim yang menjelaskan bahawa Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persekutuan, tidak memberikan hak kesitimewaan bumiputera kepada Orang Asli di negara ini.

“Orang Asli bukan dikategorikan sebagai Bumiputera, hanya ‘Malays and the Natives of Sabah and Sarawak’ dianggap sebagai Bumiputera. Inilah nasib Orang Asal di negara ini,” tulis Zaid yang juga penyelaras Pakatan Rakyat.

Pada 17 Mac lalu, kira-kira 4,000 orang Asli berarak ke Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri berhubung penganiyaan yang dilakukan kerajaan terhadap mereka selama lebih 50 tahun.

Mereka berhadapan dengan tindakan kejam kerajaan yang merampas tanah nenek moyang mereka untuk tujuan pembangunan yang dilakukan tauke-tauke besar BN.

“Selalu kedengaran permasalahan Orang Asal tidak diberi perhatian yang wajar. Malah kenyataan Menteri Undang-Undang Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen semalam (17 Mac 2010) menunjukkan kerajaan BN tidak tahu sangat atau tidak mengambil berat perihal nasib mereka,” ujar Zaid.

Zaid turut membidas kenyataan Nazri ketika menjawab soalan di parlimen mengenai pengiktirafan status Bumpitera terhadap orang asal dengan menjawab ‘tidak perlu’ kerana Orang Asli termasuk dalam tiga kategori status bumiputera seperti yang diperuntukan dalam perlembagaan.

“Saya terkejut. Bila pula Orang Asli ini dimasukkan dalam golongan ‘Bumiputera’? Saya terus merujuk kepada Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persukutuan. Tak ada pula Orang Asli diberi keistemewaan sebagai Bumiputera.

“Menteri sendiri tidak mengetahui status mereka, masakan mereka akan mendapat pertolongan dan pembelaan yang patut dan sewajarnya. Hanya ‘pendatang’ yang terpilih oleh Umno sahaja mendapat keistemewaan.

“Saya harap rakyat Malaysia dapat ‘bangkit’ bersama Orang Asal dan sama-sama kita bergerak dengan Pakatan Rakyat untuk membela nasib Orang Asal dan juga anak anak Sabah dan Sarawak yang selama ini telah diketepikan dan tidak diberikan layanan yang sewajarnya,” tegas beliau.

“Dalam Model Ekonomi Baru yang konon mendapat pujian itu kita harap nasib mereka yang terpinggir mendapat perhatian, bukan tertumpu hanya kepada mereka yang suka menjual nama bumiputra mereka,” tulis Zaid.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

Pengarang: Adli Abdullah

Adli mula berkecimpung dalam bidang penulisan, blogging dan vlogging, semenjak menubuhkan blog peribadinya pada tahun 2008 yang lalu. Beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan dan vlog kreatif yang berunsur nasihat, motivasi dan sedikit sebanyak berkisar kehidupan beliau sendiri yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Setakat ini beliau telah berjaya menukilkan lebih 27 buah puisi berbentuk nasihat dan motivasi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: