Al Fatihah : Din Beramboi selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 2 April – Pelawak dan penyampai radio terkenal, Din Beramboi, atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, yang meninggal dunia awal pagi ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong dekat sini pada pukul 11 pagi ini.

Lebih 500 hadir bagi memberi penghormatan terakhir mereka, termasuk ahli keluarga, rakan-rakan dan para peminat.

Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.

Din Beramboi meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun.

Beliau dimasukkan ke ICU Hospital Selayang sejak Selasa lalu setelah kritikal akibat mengalami demam denggi berdarah.

Allahyarham adalah anak ketiga daripada empat beradik dan merupakan anak lelaki tunggal.

Din Beramboi terkenal kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era.

Pejabat Ketua AMK

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

One thought on “Al Fatihah : Din Beramboi selamat dikebumikan”

  1. Saya berharap PKR dapat menyusun strategi mantap menghadapi UMNO dalam pilihan raya Hulu Selangor. Semoga saudara Shamsul Iskandar mendapat sokongan padu dan kami merindui keadilan yang telah sekian lama lenyap semenjak Mahahir a.l. Mohamad

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s