Hulu Selangor: Umno Telah Mula Tabur Rasuah Sebelum PRK Bermula

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

3 April 2010

Hulu Selangor: Umno Telah Mula Tabur Rasuah Sebelum PRK Bermula

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam tindakan desperado Umno-BN memenangi undi rakyat Hulu Selangor dengan menaburkan rasuah politik yang keterlaluan.

Ini dapat dilihat melalui kunjungan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (Semashur) semalam, di mana kempen politik Umno-BN terus-menerus dilaksanakan di kalangan guru yang dipaksa berhimpun di sekolah tersebut.

Di dalam lawatan yang sama, Muhyiddin telah dilihat melaksanakan tiga janji pembangunan yang sama sekali bersifat politik iaitu:

(i) mengumumkan penubuhan sebuah sekolah menengah dan tiga sekolah rendah di kawasan Hulu Selangor;
(ii) peruntukan RM2 juta untuk penyelesaian masalah banjir di Kampung Sentosa, Batang Kali; dan
(iii) peruntukan RM100,000 untuk pembaikpulihan dan pembelian van jenazah Masjid Al-Sajdin, Kampung Sentosa.

Pertamanya, ini jelas bercanggah dengan Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Pindaan 2006) yang menyebut seseorang didapati bersalah atas kesalahan melakukan sogokan apabila:

“tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberikan, meminjamkan, atau bersetuju untuk memberikan atau meminjamkan, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan, apa-apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk manamana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak mana-mana pemilih atau pengundi atau kepada atau untuk mana-mana orang lain, bagi mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi, atau yang secara rasuah melakukan apa-apa perbuatan yang disebut terdahulu oleh sebab pemilih atau pengundi itu telah mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya..”

Kedua, AMK melihat tindakan ini adalah satu tindakan terdesak yang sangat drastik, dalam keadaan penamaan calon baru sahaja diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini, dan itupun tarikhnya melangkau dua minggu dari tarikh semasa.

Tindakan menawarkan pembangunan mi segera seumpama ini bukanlah sesuatu yang menghairankan dalam strategi Umno-BN untuk memancing undi, apatah lagi saban waktu pilihanraya kecil, rakyat setempat akan sentiasa ditawarkan ganjaran pembangunan yang mendadak meskipun pembangunan tersebut tidak dapat rakyat kecapi selepas 50 tahun pemerintahan Umno-BN.

DUN Batang Kali misalnya, merupakan kawasan DUN yang menjadi kubu kuat Umno-BN turun temurun, malah pernah melahirkan seorang Menteri Besar iaitu Tan Sri Muhammad Muhd Taib, tetapi jika dilihat keadaan semasa, ianya jauh lebih mendukacitakan jika hendak dibanding dengan kawasan-kawasan di Pantai Timur seperti Kelantan yang diperintah oleh Pas-Pakatan Rakyat.

Apakah Umno-BN merasakan bahawa ‘fasa pembodohan rakyat’ yang mereka jalankan tahun demi tahun melalui taburan pembangunan mi segera seumpama ini mampu menawan hati rakyat di sebalik pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor selama 2 tahun?

Rentetan daripada ini, AMK akan mengemukakan bantahan kepada SPR mengenai taburan pembangunan mi segera ini yang jelas merupakan satu bentuk rasuah politik yang sewajarnya dibendung oleh SPR dan SPRM. Ini merupakan satu cabaran terbuka buat Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Dato’ Abu Kassim Mohamed yang mahu mengembalikan keyakinan masyarakat ke atas integriti SPRM.

AMK mencabar Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk menjadi jantan dengan berhadapan Pakatan Rakyat secara ‘gentleman’ tanpa menggunakan sebarang instrumen kerajaan seperti Kementerian Kewangan dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) untuk membanjirkan Hulu Selangor dengan projek pembangunan mi segera.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

7 thoughts on “Hulu Selangor: Umno Telah Mula Tabur Rasuah Sebelum PRK Bermula”

    1. Benar, peruntukan untuk rakyat bukan rasuah. Tetapi wang yang datang secara tiba-tiba apabila adanya pilihanraya kecil bukan peruntukan untuk rakyat. Diharap anda dapat membezakan diantara peruntukan rakyat dengan sogokan kepada rakyat. Jangan mengata orang lain bodoh tetapi diri sendiri yang nampak lebih bodoh. Tetapi itulah hakikatnya apabila UMNO/BN bertarung dengan parti lawan.

  1. memang UMNO/BN amat terdesak untuk menang..kononnya seiring dengan reputasi hebat najib yang dipotretkan sekarang ini..tapi yang jelas UMNO tetap umno..hanya bila tiba p/raya saja nak tunjuk baik..hari ni (3april) pun najib turun hulu bernam hingga anak saya pun dipaksa pergi untuk terima hadiah…wahai orang melayu sedarla..kita dah diperbodohkan oleh umno selama 53 tahun..tengoklah bila tsunami 2008 berlaku, banyak faedah yang kita dapat…inilah hasilnya kalau kita gunakan hak kita yang betul..dah hilang 5 negeri baru terkial-kial nak jumpa rakyat..jadi PRK Hulu Selangor kita harus terus hukum UMNO atas dosa pada bangsa melayu yang yelah dilakukan

  2. Umno dah mula tabur rasuah di Hulu Selangor, yang Pemuda Keadilan selepas saja mayat Dato Zainal dikebumikan masuk kampong India bagi duit bantuan sekolah dan ibu tunggal.Yang peliknya semua dapat. Apa kawan aku ni buat tahu je?

  3. kalau dah berlawan dlm UMNO pun menggila rasuahnya, dalam menentang musuh luar UMNO lagilah `lahap` rasuah yg dilakukannnya. mereka memang rosak dari akar ke pucuk macam kata mahathir

    UMNO berani melakukan rasuah kerana dia percaya SPRM dia yg punya. sbb itu dia berani buat cara terbuka. Kalau PR baru ada `bau-bau` saja dah dihantar SPRM utk menggembar-gemburkannya terlebih dahulu. Betul ke tidak itu kemudian kira.

    Cadangkan di parlimen..sebarang projek dan peruntukkan tidak boleh diumumkan tatkala kempen pilihanraya

  4. BISMILLAH !
    PENDIDIKAN POLITIK DAN PENTADBIRAN KEPADA RAKYAT hAQ DAN KEWAJIPAN

    MENURUT PEDRATURAN SISTEM PEMERINTAHAN
    SESUAUT RANCANGAN ATAU BANTUAN YANG TULIN SIFATNYA MESTILAH DI MESYUARATKAN TERLEBIH DAHULU.
    Pertama : Cadangan dari pihak yang berkaitan yang diasaskan pada keadaan dan keperluan ;
    Kedua : Penyelidikan dan kertas kerja dari mereka yang ahli atau pakar ;
    Ketiga : Peruntukan wang menurut peraturan bertingkat. [Bukan main sebut-sebut atau tekan butang nombor seperti belanja main judi tipu}
    Krempat , apa juga projek kerajaan dan siapa sahaja yang beercakap walaupun YD Agong dan PM selagi tidak diwartakan oleh dalam WARTA KERAJAAN maka ia tidak “laku” dan tidak boleh diterima, bukan.
    APAKAH PENDAPAT INI, SAYA SEBAGAI SEORANG awam, KURANG FAHAM UNDANG-UNDANG, benar ?
    JIKA BENAR maka beri tahu rakyat bahawa semua itu janji yang tidak sah dan masih dalam bakul yang bathil dan batal.
    Rakyat wajib diajar dan diberikan pendidikan mengenai PERATURAN, UNDANG-UNDANG dan PENTADBIRAN.
    SEKIAN. AHMAD ~04 0402010.~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s