Ceramah Perdana “Selamatkan Malaysia” bermula di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor.

Malam tadi, 4 April 2010 saya turut mengambil bahagian di dalam ceramah perdana, Selamatkan Malaysia yang telah berlangsung di dewan sama yang dihadiri oleh PM Najib Razak pada 3 April 2010 iaitu di Dewan Orang Ramai Kampong Sungai Tengi Ulu Bernam, Selangor. Kawasan ini dahulu ketika Pilihanraya Umum 2008 merupakan kawasan hitam buat Parti Keadilan Rakyat. Walau bagaimanapun semalam telah menyaksikan ribuan penduduk tempatan dan tentunya pengundi yang telah hadir mendengar ucapan bersemangat YB Dato’ Seri Anwar dan juga YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor. Penceramah-penceramah lain termasuk YB Zuraidah, YB Azmin Ali, YB Dr. Lee Boon Chye, YB Yaakob Sapari dan YB Saari Sungib. Berikut disertakan gambar-gambar sekitar program tersebut:

Anwar memberikan penegasan terhadap usaha Tan Sri MB Selangor merakyatkan ekonomi buat rakyat Selangor, termasuk air percuma, skim mikro kredit RM 50 juta dan lain-lain

Anwar: Saya cabar PM Najib untuk jawab kenapa lantik APCO, syarikat milik Zionis untuk menasihati kerajaan ?

Ribuan hadirin khusyuk mendengar penerangan oleh Dato' Seri Anwar dan Tan Sri Khalid Ibrahim

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

One thought on “Ceramah Perdana “Selamatkan Malaysia” bermula di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor.”

  1. hadirin amat kurang amat megecewakan ,adakah mereka ini dikalangan ahli keadilan. jentera pilihanraya harus berkorban masa ,tenaga dan daya segala daya untuk mengalahkan parasit apco zionis bn.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s