Pemuda Pakatan Rakyat akan membuat satu laporan polis terhadap PM Najib Tun Razak dan Khairy Jamaluddin berkaitan dengan perlantikan syarikat perunding komunikasi yang didokong oleh Zionis iaitu APCO Worldwide. Perlantikan syarikat ini dikhuatiri akan mendedahkan segala maklumat sulit berkaitan dengan keselamatan negara (national security) kepada negara asing seperti Israel. Laporan polis akan dipimpin oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin. Maklumat program adalah seperti berikut:
Tempat : IPD Dang Wangi (di sebelah stadium)
Masa : jam 11 pagi
Tarikh : 6 April 2010 (Selasa)
Semua rakyat Malaysia termasuk wakil-wakil media dijemput untuk hadir bersama.
Pejabat Ketua AMK
Selagi Pakatan masih tidak menguasai kedudukan di Putrajaya, maka apa apa lapuran atau ketulusan kehakiman tidak akan membawa apa apa makna dalam perubahan didalam pentadbiran negara Malaysia kearah keadilan kepada rakyat.
Baik tumpukan masa dapatkan semua rakyat yang masih tidak mendaftar undi untuk mendaftarkan diri untuk undi kerajaan baru.
Tumpuan kemenangan di Hulu Selangor adalah juga mustahak.
Harap NGO NGO jangan buta pandang jauh, semata mata hendak main politik dua belah.