AMK Dedah Taktik Adu Domba Khairy

SHAH ALAM, 16 APRIL- Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin menyifatkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai tidak memahami budaya politik Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Tv Selangor, mengulas kenyataan Khairy yang mendakwa Shamsul dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali tersinggung dengan pemilihan bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di  P94 Hulu Selangor.

“ Khairy tidak faham cara Pakatan Rakyat berpolitik sebab itu dia buat kenyataan seperti itu kerana pertembungan dalam Barisan Nasional itu adalah pertembungan di antara parti.. kita meletakkan calon yang baik untuk menang. Itu kayu ukurannya” katanya kepada Tv Selangor.

Jelasnya, pendirian Pakatan Rakyat memilih Zaid telah dibincang dan diputuskan bersama.

Malah katanya kenyataan Khairy itu hanyalah berdasarkan kepada tafsiran peribadi setelah membaca laporan Reuters yang menyebut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih penggantinya sebagai calon di Hulu Selangor.

” Siapa yang bakal menjadi pengganti Anwar itu tidak timbul kerana dalam Keadilan ini ada ramai lagi yang boleh mengganti Anwar Ibrahim” tambahnya lagi.

Sebagai sebuah parti politik yang matang, Shamsul berkata Pakatan Rakyat tidak mungkin mengambil pusing kenyataan Khairy itu.

“ Pada saya kita tidak akan terkesan dengan cakap-cakap jahat dan nakal daripada Khairy Jamaluddin”.

Khairy dalam sidang media di lobi parlimen semalam berkata, kedua-dua pemimpin muda Pakatan Rakyat sedih dengan pemilihan Zaid.

Penamaan calon pilihanraya kecil Hulu Selangor akan diumumkan esok dan proses pembuangan undi pada 25 April ini.

Pakatan Rakyat meletakkan bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon manakala BN meletakkan P. Kamalanathan dari MIC untuk merebut kerusi P94 Hulu Selangor.

Sementara seorang calon bebas, Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor V. S. Chandran juga mengumumkan akan bertanding di Hulu Selangor.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setakat hari ini 37 borang telah diambil dan hanya seorang calon yang membayar wang pertaruhan.

Sumber: TvSelangor

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

Pengarang: Adli Abdullah

Adli mula berkecimpung dalam bidang penulisan, blogging dan vlogging, semenjak menubuhkan blog peribadinya pada tahun 2008 yang lalu. Beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan dan vlog kreatif yang berunsur nasihat, motivasi dan sedikit sebanyak berkisar kehidupan beliau sendiri yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Setakat ini beliau telah berjaya menukilkan lebih 27 buah puisi berbentuk nasihat dan motivasi.

2 thoughts on “AMK Dedah Taktik Adu Domba Khairy”

  1. Si Khairi ini baik tak payah layan dia, sudah tak relevant. Banyak dalam umno udah mauh cekik dia, bukan main belagak masa era Tingkat 4 dulu, banyak masih ingat. Lagi mana pernah ada Ketua Pemuda yang tak berpangkat Menteri, timbalan pun tadak. Orang atasan umno pun tak layan dia, sekarang datang berkomen pun harap dapat BODEK boss dia aja. Nak jaga persatuaan bolasepak pun tak jadi. Lama kelamman dia akan jadi khairi siapa?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s