Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Selangor
18hb April 2010
Tindakan Ahli Keluar Parti PKR Tidak Jejas Semangat Menjana Kemenangan di PRK Hulu Selangor
Angkatan Muda Keadilan Selangor yakin tindakan keluar parti ahli PKR yang kononnya mendakwa dirinya Ketua dan Timbalan AMK Cabang Shah Alam langsung tidak memberikan kesan kepada jentera dan kekuatan AMK di Hulu Selangor. Sebenarnya individu tersebut sudah lama tidak aktif dalam gerak kerja parti semenjak 2 tahun lebih. Malahan jawatan tersebut telah dipangku oleh individu lain.
AMK Selangor yakin ianya sebahagian perancangan jijik UMNO/BN untuk menghilangkan kenyakinan rakyat kepada PKR. Namun tindakan tersebut sebenarnya langsung tidak memberi kesan apa-apa kepada keyakinan pengundi Hulu Selangor kepada calon berwibawa Datuk Zaid Ibrahim.
Tindakan jijik keluar parti itu sebenarnya episod ulangan yang digunakan oleh UMNO/BN yang sudah ketandusan idea-idea pembaharuan dan gagasan membela rakyat. Justeru isu lapok yang dibawa ialah fitnah, adu-domba dan keganasan politik lantaran penolakan total rakyat kepada Barisan Nasional sebelum ini.
AMK Selangor menegaskan calon yang ditampilkan oleh Parti Keadilan Rakyat adalah individu yang akan membawa suara pembelaan rakyat ke Parlimen. Integriti tinggi dan berprinsip yang dibawa oleh Datuk Zaid Ibrahim mencerminkan gagasan pembaharuan yang di bawa oleh Pakatan Rakyat.
Rakyat di Parlimen Hulu Selangor amat bertuah Datuk Zaid Ibrahim adalah insan hebat yang memegang prinsip dan memahami denyut nadi perjuangan rakyat pelbagai agama dan bangsa serta menjadi harapan baru kepada suara rakyat Hulu Selangor. Justeru untuk membawa agenda Selamatkan Malaysia, beliau adalah individu yang paling layak membawa obor perjuangan rakyat ini.
Mohd Ezli Mashut
Ketua Penerangan AMK Selangor
Dah pasti ini akan berlaku bila2 ada pilihan raya. Rakyat dah jemu dengan aksi2 ini. Yang bagusnya adalah PKR dapat tahu siapakah monyet2 yang tak berpendirian, yang dapat habuan sedikit sudah cepat2 melompat. Baik pergi cepat.
Saya kenal mereka yang keluar dari PKR kerana tak dapat jawatan ahli MBSA dengan sebab itu dia kecewa kerana tak dapat jawatan itu…..tanyalah orang shah alam tahu siapa dia norhisham .elok juga dia keluar PKR…..
mrk ni lembu umno juga,syok sendiri konon nya keluar dr amk .. jom kita perjuangkan Keadilan unt rakyat..
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Dasar dilahirkan sifat “TAMAK” ,sampai mati pun sifat “TAMAK” akan ditanam bersamanya. Dari UMNO APCO dia datang ,akan pulang jua ke pangkuan UMNO APCO .
Hati mana tak sedih , bila DR Haili berkorban masa , waktu , tenaga , wang ringgitnya untuk PKR ( bukan untuk rakyat )tidak di pandang oleh Pemimpin Pakatan Rakyat untuk beliau ( Dr Haili )di pilih untuk bertanding sebagai calon PRK Hulu Selangor . So eloklah beliau (Dr Haili ) pulang ke Pangkuan UMNO APCO . Orang macam ini lah akan jahanamkan rakyat dan wang rakyat jika jadi Pemimpin Wakil Rakyat . Tujuan naiwaitunya untuk berjasa kepada PKR hanyalah palsu ( baik kepada PKr . Ada udang sebalik mee maggie ) , hanya pikir pulusnya bukan untuk kepentingan Rakyat . Alhamdulilah pi berambus dan nyah kau wahai Dr Haili .Pi lah kerja sampai matilah kau (Dr Haili ) dalam UMNO APCO .Adiusss stupid Baghdad. E2 pasal Allah SWT tidak kenankan kau ( Dr Haili ) semasa PR Umum yang lalu , kerana niat kamu ( Dr Haili ) tidak ihklas . Hanya fikir fulus fulus fulus.
Bak kata YB Khalid Samad Pilihanraya kecil – Musim katak melompat. Tidak menghairankan kalau pada musim ini katak2 menjelma dgn ramainya.
BISMILLAH !
POLITIK BERAKLAK (MORAL) mulia.
Membaca dan mendengar apa yang tersirat mengenai haq dan bathil ; dosa dan pahala, perwira dan pembelot ; peribadi yang bersih dan kotor yang banyak disuarakan oleh UMNO-BN memberikan gambaran bahawa UMNO sedang menuju jalan “BARU” ke “SYURGA”.
Bermula daripada tertendangnya DSA dari UMNO, faktor utama ialah nilali “moral”. Banyak kali Mahathir menghujah sebab. Baca dalam semua akhbar perdana dan segasla media. Demikian, maka MAHATHIR dengan sedniri , begitu cerdik telah “menjadikan” dirinya sebagai seorang pemimpin politik “moralist”. dan UMNO [diikuti oleh BN berasaskan “moral philosphy” yang hebat].
Begitu insafnya UMNO sekarang kembali kepada maruah diri yang berakhlak mulia. Maka untuk menuju jalan kepada KETUHANAN dan KENABIAN . maka pakailah cermin dan bacalah buku mengenai “falsafah cermin” diri yang ter dapat dalam banyak buku tassawuf dalam bahasa Melayu/Indonesia dan juga Inggeris selain daripada bahasa Arab.
SEMOGA PEJUANG umno berada dalam bersih dan berakhlak mulai. UMNO menjadi contoh MELAYU-ISLAM. Amin. ~ahmad~ APRIL 19, 2010.
Macam mana ni bader!!! Menteri pertahana buat bodoh sahaja dan terus menandatangani LOA bersama Eurocopter bagi pesawat EC725. Maka akan hancur lah pertahanan negara ini dan habis lah duit rakyat!!!
Semua orang tahu masalah pesawat ini dan takkan kita nak ikut Brazil yang badut tu dan juga mexico!!!! Sedangkan semua off shore operation yang pernah menggunakan pesawat ini telah menolak penggunaan nya tetapi Tentera Malaysia dalam diam diam menandatangani LOA.
Sebelum terlambat terus kan bantahan.