TMI – HULU SELANGOR, 25 April — Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat mendakwa telah menahan kira-kira 10 bas yang menurut mereka membawa pengundi-pengundi ‘hantu’ untuk mengundi pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor hari ini.
“AMK sedang tahan bas disyaki membawa pengundi hantu di IKBN Ampang Pecah (dekat Kuala Kubu Baru). Sekarang menunggu kehadiran polis,” kata Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin kepada The Malaysian Insider pagi ini.
Mereka ditahan sekitar subuh tadi, katanya.
Proses pengundian membabitkan 64,500 pengundi bermula 8 pagi ini.
Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan
Malaysia
Syabas PKR dan Pakatan Rakyat. Kerja yang baik dan adil. Pantau dengan sekeras-kerasnya pengundi hantu yang banyak berkeliaran di Hulu Selangor. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan majority dan menang. Sudahlah undi pos mereka bolot dan pengundi hantu pun mereka adakan untuk menang. Sepatutunya undi pos tidak perlu kerana meragukan dan tidak adil kepada calon yang bertanding. Di negara lain di dunia ini mana ada wujud undi pos kerana tidak relevan untuk pilihan raya politik. Sesiapa yang berkuasa boleh buat sesuka hati mereka sahaja itu tidak adil dan relevan. Mana mereka belajar perkara ini. Masih hendak menipu tak habis-habis. Mari kita ramai-ramai hapuskan mereka. Undilah yang betul. Lu fikirlah sendiri.
Tuan Shamsul,
Ribuan terima kasih membawa berita langsung dari Hulu Selangor supaya kita tau apa2 yang berlaku di sana.
Tuan yang best. Aku memang hormat tuan. Tuan memang actif, mempertahankan PKR dari musuh2 BN/UMNO.
Aku memang susah hati kerana puak UMNO/BN menang kerana main kotor, tabur wang kat pengundi, bawa pengundi hantu2 tak tau dari mana jua, mengugat dan menakutkan pengundi orang asli oleh FRU, polis dan RELA goons.
Camna nak halang EC dari main kotor tu..sokong BN/UMNO main kotor? Kalau berterusan begitu, tentu PR akan kalah.
Aku amat sedih malam ni. Tak bolih tidur pun.
Idris
Hello Shamsul,
Thank you for your excellent drive and leadership as the Ketua AMK. You blog has kept my interest in the Hulu Selangor by-election.
I felt disheartened knowing that the UMNO/BN goons won without integrity. They won because they used dirty tricks, cheated, intimidated the orang asli, detained che gu bard, used money to buy votes, etc. Allah knows these cheaters well.
I support what you do for the Rakyat. Bravo!
I am just a tad sad tonight with the news. I will get over it soon. I hope you will as well….after you have put in so much effort with your team.
Let’s support PR to work towards the next by-election or next general election.
Many Thanks.
Siebel
Syabas buat kerja yang baik dan adil. Teruskan kerja-kerja yang murni ini supaya rakyat Malaysia terbela. Saya hairan mengapa orang MelYu tidak sedar juga. Orang Cina yang paling sedar akan keadaan sekarang. Lihat mereka mengundi dengan betul menyokong PKR/Pakatan Rakyat. Majority mereka mengundi PKR di Hulu Selangor dan memberi kemenangan kepada PKR di kawasan Parlimen Hulu Selangdor. Tak tahulah bila masa orang Melayu hendak sedar. Mereka masih lagi lupa. Itulah sebabnya Dr Mahathir mengatakan Melayu mudah lupa dan ungkapan ini terus dijadikan nyanyian penuh dengan seni kata yang penuh syahdu. Lagu Melayu mudah lupa dinyanyikan secara choir beramai-ramai berkumpulan. Sungguh megah mereka menyanyikan lagu ii disiarkan di television. Buat malu orang Melayu sahaja. Lihatlah 1Malaysia orang Melayu mudah lupa.