Saiful Berbohong Bukti Konspirasi Peringkat Tertinggi

SUARAKEADILAN – SHAH ALAM 12 Mei – Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya menggugurkan pertuduhan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pertuduhan berniat jahat dan bersifat fitnah yang dihadapi beliau.

Shamsul berkata sepanjang perbicaraan soalbalas Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi, jelas terdapat percanggahan keterangan yang diberikan oleh saksi utama tersebut yang juga pengadu dalam kes itu.

“Pertuduhan ini sangat jelas di mana pengadu dalam kes ini tidak boleh mengelirukan mahkamah dengan membuat keterangan yang bercanggah.

“Ini kerana dalam laporan polis diketahui Saiful mengadu diliwat secara suka sama suka tetapi keterangan kemudiannya menjurus kepada dipaksa atau tanpa kerelaan. Jadi keterangan ini ternyata bercanggah,” tegas beliau kepada Suara Keadilan.

Menurut Shamsul, Peguam Negara mempunyai kuasa untuk menarik balik pertuduhan ke atas Anwar berdasarkan keterangan yang jelas bercanggah sekiranya beliau berpandu kepada prinsip undang-undang.

“Kuasa yang ada pada pihak Peguam Negara, pendakwaraya dan hakim tidak boleh digunakan sesuka hati. Pra syarat asas bagi perbicaraan yang adil ialah hakim yang adil, peguam dan pendakwaraya yang adil.

“Ini membuktikan kes ini adalah satu fitnah dan konspirasi peringkat tertinggi. Ini kita melihat pendekatan pendakwaan yang berbeza diambil dalam kes melibatkan Anwar.

Tambah beliau, keterangan Saiful bahawa beliau bertemu dengan pegawai penyiasat ACP Mohd Rodwan Yusof, berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bertemu Senator Ezam Mohd Nor serta menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengukuhkan bukti wujudnya konspirasi peringkat tertinggi dalam kes itu.

Ini kerana hampir kesemua mereka terlibat dalam pendakwaan dan konspirasi pertama terhadap Anwar pada 1999.

“Kesemua mereka ini mendapat habuan politik, dinaikkan pangkat termasuk Ezam dilantik sebagai Senator yang jelas membuktikan kes ini merupakan satu konspirasi tertinggi dalam politik negara bagi menamatkan karier politik Anwar.,” kata Shamsul lagi.

“Kuasa yang ada kepada Peguam Negara bukan mutlak, ia adalah kuasa yang perlu dipandu undang-undang. Justeru kita mendesak Peguam Negara menarik balik pendakwaan berlandaskan undang-undang,” kata Shamsul lagi.

Jelas beliau lagi, Anwar bukan sahaja dinafikan hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil termasuk mendapatkan senarai saksi daripada pendakwaraya, malah dinafikan mendapat hak sewajarnya mengikut perundangan syariah apabila memfailkan pertuduhan qazaf terhadap Saiful.

“Sekiranya Datuk Seri Anwar dibenarkan untuk melalui proses di mahkamah syariah sudah pasti kes ini dibuang dan Anwar mendapat keadilan tetapi kes qazaf tersebut juga dinafikan terhadapa beliau,” kata beliau.

Shamsul menggesa rakyat dan semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya menzahirkan sikap mereka terhadap apa yang berlaku di mahkamah hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan peguam, Karpal Singh untuk mendapatkan kenyataan beramaran daripada Saiful yang diberikannya kepada pihak polis yang menjurus kepada aduan beliau diliwat secara paksa.

Pihak peguam bertegas bahawa Saiful dalam kenyataannya kepada polis menyatakan kejadian liwat yang didakwa itu berlaku tanpa kerelaannya manakala pihak pendakwaan pula menuduh Anwar mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu melakukan hubungan seksual secara sukarela.

Bagaimanapun, dalam penghakimannya, Mohd Zabidin memutuskan walaupun terdapat perbezaan antara keterangan Saiful dengan pertuduhan yang dihadapi Anwar, ia tidak boleh dijadikan asas bagi membolehkan kenyataan Saiful yang diberikan kepada polis, diserahkan kepada peguambela berdasarkan Seksyen 145 Akta Keterangan atau prosiding mencabar kesahihan di bawah Seksyen 155.

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Ketua AMK Malaysia

Pengarang: Adli Abdullah

Adli mula berkecimpung dalam bidang penulisan, blogging dan vlogging, semenjak menubuhkan blog peribadinya pada tahun 2008 yang lalu. Beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan dan vlog kreatif yang berunsur nasihat, motivasi dan sedikit sebanyak berkisar kehidupan beliau sendiri yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Setakat ini beliau telah berjaya menukilkan lebih 27 buah puisi berbentuk nasihat dan motivasi.

3 thoughts on “Saiful Berbohong Bukti Konspirasi Peringkat Tertinggi”

  1. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.

    Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook.

    “Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”

    “Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.

  2. BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM !

    ~KEHAKIMAN YANG TIMPANG~

    PERTAMA, APAKAH SEBENARNYA DASAR KEHAKIMAN ?
    ~APAKAH KEHAKIMAN BERDASARKAN KEADILAIN
    SEMATA ?
    ~APAKAH KEHAKIMAN BERDASARKAN PADA
    KEBENRAN atau HAQ.

    [ HAQ itu adalah daripada ALLAH dan JANGAN KAMU RAGU. ~AL baqarah : 137 ; Al Imran : 60. Seterusnya baca Yunus 94 ; Al Isra 81 ; Saba : 14 dan Saad 84]

    KEDUA, Boleh dirakumkan bahawa SEMUA sistem kehidupan di dunia yang tidak beteraskan agama tertuma Islam boleh digolongkan sistem tradisi kehakimannya melalaui proses berbagai pindaan “mansuia” politik atau pengaruh kebendaan. Keadaannya tersisih daripada ketetapan Allah.

    DENGAN KATA LAIN, KETETAPAN MENGENAI KEBENARAN (HAQ) DIGUGAT OLEH KETETAPAN KEADILAN. Ertinya KEADILAN tidak berdasarkan KEBENARAN atau HAQ lagi. Padahal menurut hakikatnya bahawa KEADILAN wajib berdasarkan pada KEBENARAN.

    KETIGA, . KETIADAAN PEMISAHAN KUASA YANG TIGA. lEGISLATIF, EKSKUTIF dan KEHAKIMAN BERADA TIGA DIDALAM SATU. TRIA JUNCTA IN UNO.
    Kezaliamn baik sengaja atau tidak telah banyak berlaku dalam sejarah dunia dalam negara yang
    tidak memisahkan kuasa tersebut.
    Dalam proses kehakiman yang ada bahawa yang menajdi timbunan “bahan perbicaraan” sangat bergantung pada PENDAKWA dan HAMIM. Jika dua orang ini tidak dipengaruhi atau didesak oleh unsur luaran makan kes tiu boleh disebut “adil” dalam lingukungan ketntuan ayat dundang-undang. Sebaliknya jika dua orang tersebut itu belut dan dilingkungi oleh TIGA DALAM SATU maka keadilan menjadi kezaliman dan kebenaran jadi kebathilan.
    BACALAH SEJARAH PENGHAKIMAN BERKENAAN . BARAKALI SEKARANG GOOGLE BOLEH DENGAN SEGERA MEPERLIHATKAN CONTOH.
    MAAF. ~Aq Mei 13, 2010.
    ~KEEMPAT, ISLAM : Melihat pada pelaksanaannya Islam ia masih berada pada kertas. Islam dapat disebut sebagai Pagar politik oleh mereka yang memegang hayat kuasa yang terbatas. ULAMA, Ph.d, M.A., BA., Diploma, sudah tidak punya taraf kuasa ilmu.
    Jika mereka tidak punya lesen. Belajar tinggi bagaimanapun mereka tidak boleh “duduk” lama-lama di rumah ibadah dan berbual… dengan kumpulan orang tertentu.
    AGAMA SUDAH DILESENKAN begitu rupa dan cara.
    secara “pemikiran: mereka dibendung. MAKA DIMANAKAH HAQ atau KEBENRAN yang ujud dalam IMU itu ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: