Karpal: Najib Cabul Undang-Undang Pilihan Raya

MALAYSIAKINI – Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam ‘pembelian undi’ pada pilihan raya keci parlimen Sibu yang berakhir semalam.

Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, sehari sebelum tarikh mengundi seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan oleh Karpal itu dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,”
kata Najib.

Menurut Karpal, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

“Ini jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya. Jika tidak berhati-hati, PM akan dihumban ke penjara. Kita mungkin terpaksa adakan pilihan raya kecil di Pekan,” kata Karpal.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pertama Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi membincangkan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa 1Malaysia diciplak dari One Israel.

Pejabat Ketua AMK Malaysia

Pengarang: Adli Abdullah

Adli mula berkecimpung dalam bidang penulisan, blogging dan vlogging, semenjak menubuhkan blog peribadinya pada tahun 2008 yang lalu. Beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan dan vlog kreatif yang berunsur nasihat, motivasi dan sedikit sebanyak berkisar kehidupan beliau sendiri yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Setakat ini beliau telah berjaya menukilkan lebih 27 buah puisi berbentuk nasihat dan motivasi.

One thought on “Karpal: Najib Cabul Undang-Undang Pilihan Raya”

  1. CRIME MINISTER THE KING OF BUY VOTE.LOOKS LIE MALAYSIA ARE SO DEMOCRATIC WITH THE PDRM, EC MACC,JUDICIARY ARE SUBMITTING TO HIS BOOOS! OK GOOD DOG AND PIG.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: