SMM Desak UKM Gugur Tuduhan

SUARAKEADILAN – KUALA LUMPUR – Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak agar pihak Hal Ehwal Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia mengugurkan tuduhan yang dikenakan ke atas empat mahasiswa yang didakwa terlibat dalam Pilihan Kaya kecil P94 Hulu Selangor bulan lalu.

Tuduhan tersebut berhubung dakwaan mereka terlibat mengedar risalah semasa kempen pilihan raya kecil itu

Keempat-empat mahasiswa tersebut, Muhammad Hilman bin Idham, Muhammad Ismail bin Aminuddin, Azlin Shafina Mohamad Adzha dan Woon King Chai, didakwa di bawah Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 seksyen 15(5)(a) yang menyatakan tiada pelajar untuk apa sebab sekalipun boleh memyatakan sokongan, bantahan atau simpati dengan mana-mana parti politik samada di dalam atau di luar negara.

Dalam sidang media pagi tadi, SMM menyatakan pihak UKM tidak patut mengongkong pelajar daripada melawat kawasan pilihanraya, tambahan pula mahasiswa yang didakwa merupakan mahasiswa jurusan Sains Politik.

“Kami sebagai mahasiswa jurusan Sains Politik sudah semestinya melawat kawasan pilihanraya kerana ia berkaitan dengan kursus kami. Seperti juga untuk pelajar perubatan, mereka akan melawat hospital dan klinik kerana berkaitan dengan kursus. Tidak logik jika kami sahaja yang ditegah,” tambah Hilman.

Hilman juga berkata memandangkan beliau aktif di kampus dalam mempertahankan hak mahasiswa dan sentiasa berbalah dengan HEP UKM, maka peluang ini mungkin diambil sebagai satu cara untuk mengenakan beliau.

“Saya melihat ini sebagai satu penganiayaan terhadap saya oleh pihak HEP, kerana saya amat aktif sebagai Presiden Kelab Sains Politik UKM.

“Mereka (pihak UKM) menuduh bahawa risalah tersebut adalah milik saya, tetapi laporan polis mengatakan sebaliknya,” tegas Hilman.

Pejabat Ketua AMK Malaysia

Pengarang: Adli Abdullah

Adli mula berkecimpung dalam bidang penulisan, blogging dan vlogging, semenjak menubuhkan blog peribadinya pada tahun 2008 yang lalu. Beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan dan vlog kreatif yang berunsur nasihat, motivasi dan sedikit sebanyak berkisar kehidupan beliau sendiri yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Setakat ini beliau telah berjaya menukilkan lebih 27 buah puisi berbentuk nasihat dan motivasi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s