Anwar Gagal Lawat Unit Kondominium Kedua

MALAYSIAKINI – Perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan melawat lokasi ‘kejadian’ di sebuah unit kondominium Desa Damansara .

Anwar dan peguam utamanya, Karpal Singh tiba di perkarangan kondominium itu pada jam 2.28 petang tanpa berhenti bercakap kepada pemberita.

Kira-kira 50 minit kemudian mereka meninggalkan lokasi berkenaan dan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Sebelum perbicaraan bermula, Anwar memberitahu wartawan bahawa pihaknya gagal melawat atau meninjau unit kondominium yang mereka kehendaki.

Sebaliknya, mereka dibawa ke sebuah unit lain yang telah mereka lawati pada awal Februari lalu.

“Saya fikir permohonan kami jelas, kami ingin tinjau unit yang satu lagi,” katanya.Pada jam 3.50 petang, Karpal dilihat memasuki kamar hakim dengan diikuti dengan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Karpal kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa saksi pembela yang terdiri daripada pakar Australia akan tiba pada jam 7 pagi, Khamis ini.

“Kami mahu pakar-pakar itu ke mari bagi meneliti pengakuan yang dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Md Diah kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga Khamis ini.

Pejabat Ketua AMK Malaysia

Pengarang: Adli Abdullah

Adli mula berkecimpung dalam bidang penulisan, blogging dan vlogging, semenjak menubuhkan blog peribadinya pada tahun 2008 yang lalu. Beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan dan vlog kreatif yang berunsur nasihat, motivasi dan sedikit sebanyak berkisar kehidupan beliau sendiri yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Setakat ini beliau telah berjaya menukilkan lebih 27 buah puisi berbentuk nasihat dan motivasi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: