Kelantan Peruntuk RM25,000 Sebulan Untuk Anak Palestin

MALAYSIAKINI – Kerajaan Kelantan membelanjakan RM25,000 sebulan di bawah skim Tabung Bantuan Pendidikan Rakyat Palestin untuk membiayai anak-anak Palestin yang belajar di beberapa institusi pendidikan tinggi di negara ini.
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata setakat ini, kerajaan negeri membiayai 27 anak Palestin yang sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam di seluruh negeri termasuk 10 orang di peringkat PhD, Sarjana (12) dan Sarjana muda (lima).

“Kita mahu menggalakkan masyarakat menderma kepada tabung ini dan menjadikannya sebagai amalan tradisi mereka, terutama dalam membela nasib rakyat negara Islam yang ditindas oleh rejim Israel di buminya sendiri,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengimamkan solat hajat yang dihadiri kira-kira 5,000 umat Islam di dataran Stadium Sultan Mohammed Ke-IV, di Kota Bharu hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata kerajaan negeri akan terus memungut seberapa banyak derma daripada rakyat negeri ini bagi mengisi tabung dikendalikan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Katanya masih ramai rakyat Palestin yang memerlukan bantuan menerusi program itu yang membabitkan kos melebihi RM700,000.

Beliau berkata untuk tahun ini sahaja, tabung ini menyasarkan dana RM800,000 bagi membiayai 30 pelajar lagi di bawah program itu.

Bernama

Pejabat Ketua AMK Malaysia

Pengarang: Adli Abdullah

Adli mula berkecimpung dalam bidang penulisan, blogging dan vlogging, semenjak menubuhkan blog peribadinya pada tahun 2008 yang lalu. Beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan dan vlog kreatif yang berunsur nasihat, motivasi dan sedikit sebanyak berkisar kehidupan beliau sendiri yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Setakat ini beliau telah berjaya menukilkan lebih 27 buah puisi berbentuk nasihat dan motivasi.

One thought on “Kelantan Peruntuk RM25,000 Sebulan Untuk Anak Palestin”

  1. Saya cadangkan PM Malaysia sediakan skim pencen kepada Sukarelawan Malaysia yang Syahid di tangan yahudi, jika ada rakyat Malaysia yang akan Syahid dimasa akan datang, israeil tidak akan berhenti membunuh umat Islam,Oleh itu,jangan kita bertindak mengikut suasana sahaja, kita lena apabila israeil tidak membunuh umat Islam Palestin lagi.
    Turki telah berjaya menempah Syurga Allah SWT untuk rakyatnya, bumi Turki akan menjadi Lafaz Zikir dikalangan Para Malaikat Allah SWT Siang dan Malam,
    Nama negara Turki telah menggoncang Arasy Allah SWT,
    Roh-Roh Syuhada’ Turki telah mengadap Allah SWT,
    Bumi Turki telah diteduhi sayap-sayap Malaikat Rahmat,
    Yakinlah Wahai Ikhwah Semua Janji-Janji Allah SWT kepada kita .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: