Salam semua…
Polis Diraja Malaysia bertindak keji apabila menahan lebih 30 aktivis yang menyalakan lilin sempena memperingati tahanan ISA di beberapa lokasi di seluruh negara. Tindakan polis itu menggambarkan bahawa demokrasi di Malaysia sudah terkubur. Dengan menahan aktivis yang hanya menyalakan lilin tanpa mendatangkan sebarang bentuk ancaman, tindakan polis itu dilihat kejam dan tidak bertanggungjawab.
Polis Unit Simpanan Persekutuan(FRU) dikerah ke beberapa lokasi di seluruh negara dengan tujuan menghalang rakyat yang hanya memegang dan menyalakan lilin sambil memperingati kekejaman ISA. FRU yang hadir dengan kekuatan ratusan anggota dan kelengkapan yang lengkap, dilihat mula bertindak kasar dengan menangkap para aktivis yang langsung tidak mendatangkan bahaya mahupun memegang apa-apa senjata.
Selain itu pihak polis IPD Petaling Jaya turut bertindak menyaman kenderaan beberapa wakil rakyat PR yang diletakkan dibahu jalan bersebelahan balai dengan alasan kenderaan tersebut menghalang lalu lintas. Kehadiran lebih ratusan penyokong PR di IPD Petaling Jaya juga menggambarkan bahawa rakyat marah dengan tindakan pihak polis menahan aktivis Anti ISA.
Saya selaku Ketua Angkatan Muda Malaysia mengutuk keras dan mengecam tindakan polis. Saya juga ingin melahirkan rasa kesal kerana perkara seperti ini berlaku dalam negara yang kononnya mengamalkan sistem demokrasi. PAKATAN RAKYAT tidak akan gentar sama sekali dan akan terus membela nasib rakyat.
MANSUH.. MANSUH.. MANSUH ISA…
LAWAN TETAP LAWAN…
Saudara Shamsul,
I have been following ur postings.
Bravo for fighting injustice.
Sukacita saya ingin mengingatkan saudara tentang apa yg saudara lawan and pendirian selama ini.
Moga-moga saudara akan terus menegakkan perjuangan untuk semua rakyat Malaysia sehingga keadilan dapat dikembalikan ke tanah air kita.
jangan2 sekali seperti meraka yg “switch side” dengan apa alasan pun.
Semoga berjaya