Kenyataan Media : UMNO Perkuda Pasukan Polis

UMNO perkuda pasukan Polis !

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam keras tindakan polis yang bertindak melakukan intimidasi melampau ke atas beberapa program yang melibatkan penyertaan pimpinan Keadilan dan Pakatan Rakyat pada hari Sabtu dan Ahad lepas.

Pada hari Sabtu 31 Julai 2010, program Keadilan di Batu Pahat, Johor dan Sungai Rambai, Melaka yang telahpun dirunding dengan pihak polis bagaimanapun dicabuli oleh polis sendiri apabila trak FRU dan gerombolan anggota polis menujah masuk dengan biadap ke dalam program yang telah dianjurkan.

Manakala semalam, Ahad 1 Ogos 2010, dianggarkan tidak kurang daripada 30 aktivis anti-ISA telah ditahan diseluruh negara, antaranya di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Ipoh, berikutan terlibat dengan perhimpunan aman membantah akta zalim ISA setelah 50 tahun ia dikuatkuasakan oleh Kerajaan Umno-BN.

Tindakan pihak polis yang sangat tidak profesional ini adalah begitu mendukacitakan, malah melanggar peraturan yang mereka kuatkuasakan. Ini berikutan program di Johor dan Melaka dianjurkan di dalam premis persendirian dan tidak melibatkan tempat awam, malah tempat program di Melaka juga telah dicadangkan oleh polis sendiri.

Demikian juga di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, meskipun dengan kehadiran peguam dan Pesuruhjaya SUHAKAM turut hadir memantau penahanan aktivis, kehadiran mereka ini tidak dipedulikan langsung oleh polis, sekaligus menunjukkan kebiadapan yang tidak sewajarnya dilakukan oleh polis selaku penguatkuasa undang-undang.

AMK melihat, di sebalik percutian 10 hari Perdana Menteri, beberapa perkembangan yang berlaku, termasuklah penahanan Tun Dr. Ling Liong Sik terdahulu dan pengharaman akhbar rasmi Keadilan dan DAP, kesemuanya merupakan sesuatu yang telah dirancang rapi, ditambah dengan intimidasi polis ke atas program-program anjuran Keadilan dan Pakatan Rakyat secara keras dan konsisten mutakhir ini.

Umno-BN di bawah kepimpinan Dato’ Sri Najib Razak kelihatan begitu lemah khususnya di dalam menangani keluh kesah rakyat. Justeru, Umno-BN sebagaimana biasa menggunakan polis dan instrumen kerajaan lainnya untuk memastikan kemaraan Pakatan Rakyat dikekang dengan apa cara sekalipun.

Siri-siri intimidasi ini jelas membuktikan, bahawa Keadilan dan Pakatan Rakyat adalah satu ancaman terbesar bagi Umno-BN yang mahu tradisi membodohkan rakyat diteruskan, agar rakyat dinafikan hak untuk mendapat maklumat alternatif, berhimpun dan bersuara.

AMK menggesa agar pihak polis dapat membersihkan institusi PDRM daripada kawalan politik Umno-BN dan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada institusi PDRM. Jangan pasung mentaliti rakyat daripada menerima maklumat alternatif yang mendedahkan salahlaku dan penyelewengan yang sekianlama dilakukan oleh Umno-BN.

AMK menyatakan komitmen untuk membawa perkara ini kepada SUHAKAM agar siri-siri intimidasi ini boleh dihentikan. Rakyat perlu bersatu untuk hentikan tradisi membodohkan rakyat yang sedang digerakkan oleh Umno-BN !

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan
MALAYSIA

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

One thought on “Kenyataan Media : UMNO Perkuda Pasukan Polis”

  1. PDRM don’t give a damn to anyone be it Suhakam. PDRM tentu tidak takut kerana mereka mendapat arahan daripada ‘atas’ dan sudah tentu mereka di beri perlindungan oleh pihak ‘atas’. Rasa nya tidak perlu diperjelaskan siapa itu pihak ‘atas’ kerana orang paling bodoh dalam negara ini boleh memikirkannya.
    Pada keseluruhannya imej PDRM sudah tercalar dan kini ‘rating’ mereka berada di tahap yang paling rendah. Mereka hanya menjadi ‘anjing’ UMNO kalau dulu Komunis menyatakan ‘running dogs’ of the govt, sekarang ini mereka lakukan ini semua untuk UMNO kerana gaji mereka telah naik berlipat ganda. Mereka mendapat kenaikkan pangkat, gaji dan yang berpangkat tinggi mendapat ‘Dato’ dsbynya.
    Apa nak buat dengan gelaran kerana ia tidak boleh bawa mati dan ianya juga bukan insurans kepada mereka untuk mendapat ganjaran untuk masuk syurga bila mati kelak. Sayang sekali manusia hari ini di bagitu dahaga untuk kekayaan dan darjat. Tetapi ingat la wahai manusia, kalau tidak kamu, anak isteri dan orang kesayangan kamu, malah anak yang paling di sayangi akan terima malang yang tidak berbau. Oleh itu henti mlah buat jahat dan ikut perintah orang ‘atas’. Ikut peraturan, Undang-undang dan penting sekali patuhi Perlembagaan Negara. Jika tidak kamu hanya lah seperti haiwan sanggup mengigit seperti anjing gila.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s