Saya mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk membuat laporan polis terhadap Saiful yang mempunyai hubungan sulit dengan Timbalan Pendakwaraya yang terlibat di dalam perbicaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Di samping tindakan-tindakan lain oleh Mahkamah dan pihak pendakwaan, perlakuan Saiful ini dengan jelas telah menambahkan lagi ketidakadilan perjalanan kes ini. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah, seorang pendakwaraya mempunyai hubungan sulit dengan pengadu sehinggakan beliau digugurkan daripada pasukan pendakwaan. Contoh laporan polis adalah seperti di bawah. Sekiranya mana-mana pihak memerlukan maklumat lanjut, boleh emel kepada saya di ketua.amk@gmail.com atau pesanan ringkas ke 0126541415.

“Susulan daripada laporan polis yang dibuat oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 2/8/2010, Sentul Report 011791/10, saya penama di atas ingin membuat laporan yang sama dan memohon pihak polis agar menyegerakan siasatan terhadap Pendakwaraya Cik Farah Azlina Bte Latif Dan Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan terutama di bawah seksyen 8(1) dan seksyen 8(2) Akta Rahsia Rasmi 1972, merujuk kepada afidavit yang telah difailkan pada tarikh 2/8/2010 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui permohonan notis usul dan afidavit (kes No: 44-175-2009) (sesalinan disertakan).”
Arrggghhhh….apa nak jadi ni??????
Sistem kehakiman apa plak niii????