From anwaribrahimblog.com
Kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat
Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Pada pagi 10 Ogos 2010, di perkarangan mahkamah, pemberita Berita Harian menyatakan beliau di arahkan menanyakan soalan mengenai tuduhan Ezam Mohd Nor mendakwa kononnya saya telah menelefon beliau mengarahkan supaya menghalang lelaki mendekati Saudara Anwar. Saya dengan tegas menafikan tohmahan jahat beliau. Ezam sengaja mereka cerita setelah beliau bersama UMNO dan tidak sebelumnya.
Saya tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Saudara Anwar seperti tohmahan tersebut. Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu. Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan UMNO, kerja beliau hanya mencerca kami.
Saya telah enggan melayan sebarang kenyataan beliau yang di buat hasil menerima upah pimpinan UMNO, walaubagaimanapun kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan nama saya secara peribadi, saya mengingatkan beliau supaya hentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.
Sekira beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke Mahkamah dan Mahkamah Syariah.
Sekian, terima kasih.
—
Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat
Saya mendoakan agar manusia ini bertaubat!
Perkara yang dilakukan berulang-ulang dan kebanyak kannya dengan mudah tanpa sebarang siasatan boleh dimaksudkan kepada amaran keras Allah terhadap para pengeji dan pengumpat yang bermula dengan maksud `kecelakaan besar terhadap…’.Dengan ertikata yang mudah,sesiapa yang melakukan mengeji dan mengumpat telah melakukan suatu kesalahan.Apatah lagi `untuk mendapatkan sedikit habuan didunia sanggup menggadaikan agama’,Apatidaknya,tanya Ezam pasti jawapannya dia tahu tentang perkara2 diatas.Begitu juga dengan dosa pelaku fitnah,tentu Ezam katakan ia adalah lebih besar dari pembunuh.Kepada mereka yang berulang kali melakukannya,bukan kah ianya `menggadaikan agama’?Semoga perkara yang Ezam lakukan dapat kita hentikan,cadangan saya bagi langkah awal ialah tubuhkan suatu unit atau jawatankuasa dengan fokus utama mengumpulkan segala butiran kata2 dan ucapan,tarikh,masa,tempat dll.Satelah dihalusi rujuk kan kepada satu panel bebas dan kemudian langkah seterusnya.Saya berpendapat kiranya saudara Shamsul Iskandar dilantik sebagai ketua,insya Allah,dalam masa terdekat tidak sampai satu minggu boleh disiapkan.Dengan memberikan penekanan perkara ini amat `URGENT’,disokong oleh semua peringkat pemimpin dan rakyat,yakini lah bahawa kita dengan nawaitu kita,Allah akan perkenankan.