Jadual Ketua AMK Sepanjang Bulan Ramadhan (Program Ziarah Ramadhan)

Syukur Alhamdulillah sempena bulan yang mulia ini saya tidak putus-putus menerima undangan dari segenap pelusuk tanah air terutama dari pasukan AMK seluruh negara. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang sudi menjemput saya ke pelbagai program sepanjang bulan ramadhan.

Jadual Ketua AMK Sepanjang Bulan Ramadhan

23 Ogos – Iftar Kapar & Kelang
24 Ogos – Iftar Puchong
25 Ogos – Iftar Shah Alam
26 Ogos – Iftar Pandan Dan Ampang
27 Ogos – Iftar Petaling Jaya Selatan dan Utara
28 Ogos – Iftar Ramadhan Kedah dan Moreh di Perlis
29 Ogos – Mesyuarat Exco MPP AMK Pusat, Mesyuarat MPP Keadilan, Iftar di Kuala Langat Dan Sepang
30 Ogos – Iftar Hulu Langat Dan Serdang
31 Ogos – Iftar Sungai Besar Dan Sabak Bernam
2 September – Iftar bersama Tuan Guru Sheikh Mahmud Al-Majzub, Hulu Langat
3 September – Iftar Kelantan
4 dan 5 September – Iftar Sabah
6 September – Iftar Sarawak
7 September – Iftar dan Program Khatam Al-Quran di Jasin

Hari ini 22 Ogos, sekitar jam 5 petang, saya telah memenuhi undangan AMK Wilayah Persekutuan di lembah pantai bersama Tn. Hj. Md Zaman Mat Tasi Ketua AMKWP dan YB Puan Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai untuk program sumbangan Ramadhan. Seusai program bersama AMK Wilayah, saya terus bergegas ke Taman Pinggiran Batu Caves untuk memenuhi undangan Majlis Berbuka Puasa bersama YB Amirudin Shaari, ADUN Batu Caves dan juga anak-anak yatim di sekitar kawasan tersebut.

Alhamdulillah selesai berbuka puasa bersama AMK dan penduduk setempat, kami terus ke Masjid An Nur di Pinggiran Batu Caves untuk menunaikan kewajipan terhadap ilahi. YB Amirudin mengambil tempat sebagai bilal melaungkan azan dan saya diminta untuk mengimamkan solat isyak dan seterusnya solat sunat terawih.

Turut bersama adalah Datuk Paduka Raja, Datuk Hj. Wan Mahmud Bin Pawan dan beliau berucap tentang perpaduan ummah, keinsafan dan ketaqwaan dalam bulan ramadhan al-mubarak. Sdr. Zakaria Rahim, Pengarah Sekretariat MAPIM diundang khas untuk menyampaikan tazkirah mengenai pengalaman beliau bersama Ramdahan Di Gaza. Tentunya pengkisahan derita rakan-rakan seperjuangan kepada para jemaah membawakan erti keinsafan.

Di dalam bulan yang mulia ini marilah kita bersama-sama meningkatkan amal soleh. Tingkatkan amalan kita dan rebutlah ganjaran pahala sebanyak mungkin terutama pada 10 malam terakhir ramadhan. Sesibuk mana pun kita dan sebesar mana pangkat yang disandang, ingatlah bahawa kita adalah insan yang kerdil disisi Allah SWT.

Wallahu’alam

Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

One thought on “Jadual Ketua AMK Sepanjang Bulan Ramadhan (Program Ziarah Ramadhan)”

  1. Majlis Haul Di Ba’alawi Kuala Lumpur

    Masa 28hb Ogos · 5.00 ptg – 11.00 ptg

    ——————————————————————————–

    Lokasi Ba’alawi Kuala Lumpur

    ——————————————————————————–

    Direka Oleh: Ba’alawi KL

    ——————————————————————————–

    lebih info Majlis Haul Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah al-Kubra dan Haul Abuya Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani
    Klik Link : //wp.me/piAx4-2Gz

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: