Majlis Berbuka Puasa Bersama AMK Klang, Kapar & Puchong

Alhamdulillah Allah telah memberikan saya kekuatan dan kesempatan untuk memenuhi jemputan AMK Klang dan Puchong semalam dan hari ini. Perpaduan erat terpancar jelas dengan sambutan yang begitu meriah daripada pejuang-pejuang muda. Terima kasih saya ucapkan kepada Ketua AMK Klang Sdr. Irwan dan anggota AMK Klang, Kapar dan Puchong kerana sudi menjemput saya untuk majlis berbuka puasa. Tidak ketinggalan Ketua AMK Selangor Sdr. Khairul Anuar a.k.a Jonah dan Ketua AMK Kota Raja Sdr. Azmizam yang turut bersama-sama dalam majlis berbuka puasa.

Bersedia dimeja hidangan sebelum waktu berbuka. Turut bersama adalah Ketua AMK Selangor Sdr. Khairul Anuar, Ketua AMK Kota Raja Sdr. Azmizam dan Ketua AMK Klang Sdr. Irwan.

Turut bersama adalah Dato’ Sheikh Ahmad. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Dato’ Sheikh Ahmad kerana menjamu kami dengan hidangan yang lazat dan enak.

Sempat juga memberikan kata-kata juang kepada anak-anak muda klang dan kapar menyuntik semangat supaya anak muda melangkah gagah menuju putrajaya.

Dato’ Sheikh Ahmad turut menyampaikan ucapan yang meyentuh perkembangan terkini Keadilan Klang.

Menyampaikan T-Shirt kepada AMK Klang dan Kapar.

Beramah mesra bersama AMK Klang dan Kapar sebelum berangkat pulang.

Salam Ramadhan Al-Mubarak. Hidup biar berjasa.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s