Khir Toyo Lebih Baik DIAM!!!

From Malaysiakini…

Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sebaiknya berdiam diri saja kerana dakwaan yang ditimbulkannya terhadap pentadbiran Selangor hanya akan memakan diri sendiri, kata setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin.

Faekah mendakwa banyak masalah yang berlaku di negeri itu pada masa sekarang sebenarnya berpunca daripada keputusan yang dibuat sewaktu pentadbiran Khir Toyo.

Faekah memberi contoh, keadaan itu boleh dilihat dalam isu melibatkan pembahagian tanah kepada peneroka di sebuah tanah rancangan di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor.

Jelasnya, peneroka berkenaan telah memohon untuk mendapatkan geran kecil bagi tanah seluas antara 60 hingga 120 ekar itu.

Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang mengemukakan injunksi di mahkamah bagi menghalang geran berkenaan dikeluarkan.

“Di sinilah bermula komen-komen negatif itu. Jadi kerajaan negeri kena jawab dan cari apakah punca masalah sebenar,” katanya lagi.

Tambahnya, beliau telah membuat siasatan dan terkejut apabila mendapati terdapat antara pemilik tanah tersebut merupakan pemimpin Umno di negeri itu.

“Sangat malang apabila saya terjumpa beberapa nama. Doktor gigi pun ada yang jadi peneroka Felda,” katanya yang telah menyiasat nama pemilik tanah berkenaan.

Beliau juga mendedahkan mengenai amalan pemberian bonus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada menteri besar.

“Tidak hairanlah isu bonus menjadi fokus apabila kita timbulkan isu kecurian pasir,” kata Faekah lagi dalam satu temubual dengan Malaysiakini semalam.

Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berang apabila diberitahu bahawa beliau diberi bayaran sebanyak RM135,000 oleh syarikat milik kerajaan negeri itu.

Faekah berkata, beliau kemudiannya diarahkan oleh Khalid untuk menyiasat siapakah yang memberi arahan untuk meluluskan bayaran berkenaan dan apakah prosedur yang telibat.

Faekah kemudiannya berkata, beliau telah menghubungi pegawai kewangan PKNS yang menjelaskan bahawa pemberian bonus kepada menteri besar merupakan amalan biasa sejak pentadbiran terdahulu.

“Sebab itu saya kata, kalau saya jadi Khir Toyo saya akan berdiam diri sahaja,” kata Faekah lagi.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

4 thoughts on “Khir Toyo Lebih Baik DIAM!!!”

  1. Assalamualaukum wbtuh

    Dengan penuh tertib, saya mohon mencadang, iaitu, oleh kerana perangai biadab mantan Menteri Besar Selangor dan kuncu-kuncunya yang terdiri daripada ahli-ahli yang aktif dalam UMNO Selangor yang sentiasa mendesak dan mengritik Kerajaan Selangor diatas perkara yang remeh temeh maka kesemua mereke itu harus dipanggil dengan 1nama ” Samseng Al Toyol’.

    Dr Zainal
    Kelana Jaya.
    Geng P Ramlee

  2. Nampak sangat Khir Toyo menjerat lehernya sendiri dan sepatutnya apa yang dilakukan oleh pimpinan pakatan rakyat adalah mengutamakan kepentingan rakyat.Akibat terlalu lama budaya umno menular dalam pentadbiran negara maka terserlah lah segala kepincangan yang berlaku dan terbukti di selangor merupakan pimpinan khir toyo adalah yang terburuk dengan segala kuasa yang ada maka berlaku rasuah,salah guna kuasa dan merompak segala kemudahan rakyat untuk kepentingan politik mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: