Ketua AMK: Beri generasi muda ruang luas pimpin parti

September 11, 2010

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Ketua sayap muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) berharap partinya yang sedang mengadakan pemilihan langsung melibatkan undi setiap ahli akan memberi generasi muda peluang luas untuk melibatkan diri secara aktif dalam kepimpinan parti. Tegas Shamsul Iskandar Mohd Akin, parti tidak harus melupakan sumbangan anak muda.

“Pemilihan parti kali ini merupakan kesempatan yang terbaik untuk melaksanakan misi penting parti.

“Kewujudan kuasa ketiga iaitu kekuatan anak muda dalam kepimpinan akan menjadikan parti ini relevan dan menjadi ikutan anak-anak muda,” kata beliau dalam perutusan sempena sambutan Aidilfitri.

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar menyeru ahli-ahli PKR menggunakan kebijaksanaan dalam memilih barisan kepimpinan baru pada pemilihan bahagian dan pusat kali ini.

“Seperti yang kita sedia maklum, pada bulan November ini PKR akan menghadapi pemilihan kepimpinan parti. Proses pencalonan telah pun berlangsung pada Ramadan yang lepas.

“Sesungguhnya, ini ialah titik penting dalam meneruskan kesinambungan parti. Buat pertama kalinya setiap ahli parti seramai lebih kurang 400,000 orang akan diberikan kuasa untuk membuat pilihan barisan kepimpinan parti.

“Usaha ini ialah bagi menyuburkan demokrasi dalam parti,” kata beliau dalam perutusan sempena sambutan Aidilfitri.

Shamsul Iskandar yang masih belum mengumumkan sama ada akan mempertahankan jawatannya memberitahu, pemilihan langsung adalah bukti kepimpinan parti serius menegakkan demokrasi yang sebenarnya dan ia bukanlah suatu slogan kosong semata-mata.

Shamsul Iskandar meminta ahli-ahlinya menggunakan peluang ini untuk merencana dan merancang pembangunan parti supaya lebih kuat dan kukuh.

“Parti yang kuat dan kukuh akan terus mendapat kepercayaan dari rakyat.

“Jadikan pertandingan kali ini ialah pertandingan antara saudara dan adik-beradik, yang menang kita nobatkan yang kalah jangan kita pinggirkan.

“Justeru, saya berharap hasrat dan cita-cita murni untuk memperkasa parti sebagai natijah daripada pemilihan ini sepatutnya dipelihara,” katanya.

www.themalaysianinsider.com

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: