Fitnah Anwar, siasat APCO

http://www.tvselangor.com
21/11/2010

Angkatan Muda keadilan mahukan syarikat perunding APCO disiasat bersabit satu lagi cubaan menfitnah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menerusi artikel pembohongan .

APCO ialah syarikat perunding yang diupah oleh kerajaan pimpinan Najib Razak dengan kos lebih RM70 juta bagi memulihkan imej beliau di dalam dan luar negara.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin berkata tulisan Rachel Motte dalam blog New Ledger diberikan liputan meluas oleh Bernama, Berita Harian, Utusan Malaysia dan media lain namun fakta yang disembunyikan ialah tuduhan yang mengaitkan penulis itu kepada APCO.

Dalam artikel terbarunya, Motte berbohong apabila memberi gambaran kononnya Anwar membandingkan diri beliau dengan pemimpin pro demoraksi Aung San Sun Kyi.

“Antara strategi APCO adalah untuk menyerang Anwar semaksima mungkin dan apa sahaja tindakan Anwar, pandangan beliau tentang isu-isu dasar luar seperti pembebasan Aung San Suu Kyi dan juga berkaitan perkara-perkara yang diucapkan oleh beliau di luar negara seperti di Australia, diulas sendiri oleh Datuk Seri Najib, dan ada dikalangan yang direncanakan atau digerakkan untuk menyerang Anwar dari segi aspek itu,” kata Shamsul.

Anwar tidak pernah membandingkan dirinya dengan pengorbanan yang dilalui oleh ikon Myanmar itu.

Justeru tulisan Motte adalah fitnah dan kemungkinan beliau mempunyai hubung kait dengan APCO tidak boleh diketepikan.

Ketika melawat Australia, Anwar hanya menegaskan bahawa dalam mengecam kekejaman di Myanmar, kerajaan-kerajaan seperti Australia juga harus peka terhadap keadaan sebenar di Malaysia, di mana pencabulan asas- asas demokrasi dan hak asasi rakyat berlaku saban kali.

Contoh-contoh ketara adalah kes Teoh Beng Hock, kematian ratusan orang dalam lokap polis, sistem kehakiman yang tidak berwibawa dan rampasan kuasa di Perak yang dihalalkan oleh mahkamah.

Ini bukan kali pertama Motte mengecam Anwar atau memuji kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, malah itulah agendanya sebelum ini menerusi artikel seperti the reversal of Anwar Ibrahim.

“Ini satu strategi yang kohesif, strategi yang tersusun dan kemas dalam usaha untuk menunujukkan bahawa Anwar Ibrahim ini tak layak untuk memimpin, dan komen-komennya adalah komen-komen yang tidak memberikan impak kepada masyarakat dalam dan luar negara. Sebab itu, serangan itu bertumpu kepada beliau (Anwar) sekarang ini,” kata Shamsul.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

One thought on “Fitnah Anwar, siasat APCO”

  1. bang Shamsul,

    mana mungkin kita tuduh sesebuah organisasi kemudian kita serbu dan minta tunjuk bukti..

    kalau begini trendnya, maka amat mudah di masa hadapan untuk membuat pertuduhan kepada mana organisai kemudian minta bukti.

    Bukankah lebih senang kita menyiasat dahulu si penuduh dari mana sumber maklumat diperolehi?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: