Alhamdulillah, secara rasminya Pemilihan Parti Keadilan Rakyat untuk memilih kepimpinan parti di semua peringkat telahpun berakhir semalam tanggal 21 November 2010.
Di sebalik asakan dan kecaman media dari segenap penjuru, pemilihan ini berjaya diteruskan meskipun berhadapan dengan 1001 rintangan. Syabas buat warga Keadilan seluruhnya!
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) percaya bahawa Pemilihan 2010 ini merupakan satu nafas baru buat Keadilan. Sebagai parti pelopor kaedah “satu anggota satu undi”, pastinya terdapat rencam masalah yang tidak terjangka oleh mana-mana pihak. Tetapi itu tidak harus mematahkan semangat kita untuk menoleh ke belakang.
Sebaliknya lompong yang ada harus diteliti sepenuhnya agar ia dapat ditampung dengan penambahbaikan yang strategik di pemilihan akan datang. Harus diingat, pesta demokrasi ini tidak wajar mematikan semangat kita. Ia harus membulatkan tekad seluruh anggota untuk kembali merapatkan saf untuk memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 yang dijangka akan diadakan pada tahun hadapan.
Menang atau kalah bukan menjadi titik noktah kepada semua pihak. Kepada yang tewas, tidak wajar untuk berpaling, sebaliknya perlu terus komited untuk mengukuhkan parti. Kepada yang menang, itu bukan anugerah untuk dirai, sebaliknya ia adalah amanah yang jelas sekali berat untuk dipikul dan dibuktikan kepada akar umbi dan rakyat untuk terus merealisasikan harapan yang telah kita laungkan dalam Pilihanraya Umum Ke-12 yang lepas.
Jangan kita terperosok di dalam permainan pihak-pihak tertentu yang mahu ‘membunuh’ Keadilan dengan pelbagai dakyah rekaan. Ini masanya untuk kita menegaskan bahawa Keadilan adalah parti yang komited kepada perjuangan rakyat dan sejarah 12 tahun jelas membuktikan bahawa Keadilan adalah institusi yang telah teruji. Ini masanya untuk Keadilan terus diperkukuh, tanpa menoleh ke belakang.
Ayuh warga Keadilan, kita perkukuhkan saf kepimpinan, kita laungkan semboyan perjuangan!
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Saudara YB.
Saya ingin berpesan jangan jadikan kepincangan yg ada membawa rebah..sedarlah Keadilan yg wujud hari ini atas penat jerih dan berbagai halangan yg telah berjaya kita lakarkan..pertahankan jangan sampai jadi bahan tertawa lawan yg telah menggunakan berbagai cara supaya ianya berkubur begitu saja.Suburkan semangat perjuangan ahlinya agar tidak mudah goyah dengan dakyah musuh-musuh yg ingin melihat Keadilan tidak relevan lagi.Kita mahu supaya BN yg diberi mandat begitu lama berkubur.Lihatlah hari-hari media perdana telahmemainkan peranan memaparkan berbagai propaganda yg akan mengabui mata rakyat.Isu-isu penyelewengan langsung tidak diketengahkan.
Jadilah baby yg baru belajar..walaupun jatuh sakit dfan menangis ,kadang-kadang dimarah oleh kedua ibubapa mereka namun hasrat ingin maju tetap tidak pernah luput,walaupun dalamsatu haribeberapa kali mendapat musibah dan sakit.Namun baby tersebut tetap istiqamah ingin maju macam org lain.