Isu Rais Yatim : Jawapan AMK kepada PM Najib Razak

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar kenyataan terbaru Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak yang mempertikaikan dakwaan ke atas Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Antara lain Najib mempertikaikan kenapa dakwaan yang berlaku pada tahun 2007 dibangkitkan pada tahun 2011. Suka diingatkan, isunya bukanlah masa, sebaliknya isu yang timbul ialah salahlaku jenayah seksual yang didakwa telah berlaku dan tentunya secara tidak langsung boleh menyebabkan kekeruhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia.

Isu ini pernah dikemukakan oleh MigrantCare, NGO yang bertanggungjawab mengenai isu kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia pada tahun 2007, tetapi tidak ada sebarang tindakan oleh kerajaan pada ketika itu.

Tindakan Najib mengatakan bahawa ‘Rais tidak boleh dihakimi sehinggalah siasatan dijalankan’ juga adalah satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab !

Terbukti wujud dua set undang-undang yang berbeza untuk ahli Umno dan musuh Umno. Di saat Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang media, dinafikan hak bersuara, dikecam peribadinya di sebalik perbicaraan mahkamah yang lompong dan belum dibuktikan bersalah, tindakan Najib ini jelas bersifat dangkal.

Sekiranya benar sebagaimana kata Najib bahawa dakwaan ke atas Rais ini perlu disiasat, maka wujud kewajaran mendesak agar Rais digantung tugas atau direhatkan sementara daripada menjalankan tugas selaku ahli kabinet untuk mengelakkan sebarang ‘conflict of interest’.

Malaysia tidak harus lupa dengan insiden penarikan diri Rais selaku calon Setiausaha Agung Komanwel pada tahun 2007 dahulu,kira-kira 5 bulan selepas dakwaan merogol amah beliau tercetus. Apakah ada rahsia di sebaliknya? AMK mendesak agar Najib selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu menjawab persoalan ini pada kadar segera.

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

4 thoughts on “Isu Rais Yatim : Jawapan AMK kepada PM Najib Razak”

  1. AMK. saya kagumi pendirian dan apa yang anda semua sedang lakukan namun malang bagi kita kerana apa saja yang kamu cuba kemukakan adalah ibarat bercakap dengan dinding. Allah mengetahui segalanya dan janji Allah adalah benar. Semoga Allah membalas perbuatan mungkar ( jika benar ) dengan penghinaan yang maha hebat di Padang Mashar nanti. Pilhanraya Umum ke 13, sama-sama kita berganding tenaga menumbangkan BN. Insyaallah tiada yang lebih hebat dari kuasa dan hukum Allah.

  2. Sama ada kau ni bodoh atau bangang. Mangsa rogol tu dah ngaku Rais tak rogol dia. Apa nak siasat lagi? Yang Anwar pulak, mangsa mengaku Anwar liwat dia. maka siasatan dibuat dan ada bukti berlaku perogolan di situ maka Anwar dibawa ke mahkamah uintuk diadili. Ko ni tolollah…!! Macam mana nak jadi pemimpin pemuda! cissss….

  3. JADUAL ZIARAH DAN DAKWAH GURU MULIA AL-HABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ IBN SYEIKH ABU BAKAR BIN SALIM حفظه الله DI MALAYSIA (Safar 1432H/Januari 2011M)

    8 JANUARI 2011 7.00-10.30 PM DI MASJID WILAYAH JALAN DUTA KL

    11 JANUARI 2011 7.00-10.30PM DI MASJID MUHAMMADI, KOTA BHARU KELANTAN

    12 JANUARI 2011 7.00-10.30PM DI YAYASAN AL JENDERAMI, JENDERAM SELANGOR.

    MAKLUMAT LANJUT BLOG PONDOKHABIB

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s