Anwar bakal semarak semangat anak muda Sarawak

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sarawak 12 Mac ini bagi menyemarak semangat anak muda dan wanita dalam menjana kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10.

Program sehari itu itu dimulakan dengan pelancaran video Selamatkan Sarawak oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak, Baru Bian.

Ketua Angkatan Muda (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari pula akan membentang kertas kerja bertajuk ‘Anak Muda Sarawak Bangkit Mahu Perubahan’ yang akan digulung Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin.

“Kita fokuskan kepada anak muda untuk kemenangan PRN 10, suara mereka perlu didengari untuk maju ke hadapan selain mendapat sokongan pilihan raya nanti.

“Ikon mereka adalah demokrasi,tetapi suasana di negara kita seolah-olah masih dalam pemerintahan komunis,” kata Nazib kepada Keadilandaily.com.

Kata beliau, anak muda bersifat proaktif dan mahukan pembangunan tetapi kebanyakan mereka tidak mempunyai peluang pekerjaan, seterusnya mahu perubahan supaya masalah segera diatasi,” katanya.

Ketua Wanita KEADILAN Sarawak, Nurhanim Mokhsena pula dijadual membuat pembentangan yang penggulungan dilakukan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraidah Kamaruddin.

Ia disusuli ucaptama Anwar selaku tetamu khas.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pula akan membuat pembentangan mengenai peranan pusat memimpin kemenangan sempena PRN 10 Sarawak dan bakal digulung oleh Baru Bian.
Pembentangan keseluruhan program itu dijangka berlangsung sekitar jam 4.30 petang

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

2 thoughts on “Anwar bakal semarak semangat anak muda Sarawak”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s