Video seks palsu: Nazri Aziz cuba lindungi saspek penjenayah- Shamsul Iskandar

KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mendakwa dalang rakaman video seks palsu, trio ‘Datuk T’ boleh dilindungi undang-undang, adalah satu percubaan untuk melindungi saspek penjenayah.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian mengulas kenyataan Nazri semalam bahawa individu berkenaan boleh dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.

“Dari segi undang-undang, kenyataan Nazri jelas merupakan satu percubaan untuk melindungi penjenayah dan saspek penjenayah. Ini menunjukkan dia tidak faham undang-undang,” ujar Shamsul ketika dihubungi Keadilan Daily.com.

Menurutnya, berdasarkan undang-undang sedia ada, pihak berkenaan yang mendedahkan rakaman video palsu itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002, yang membawa hukuman denda dan penjara.

“Kenyataan Nazri Aziz bersifat politik dan mengarut. Dari awal lagi kita menganggap isu ini adalah perancangan politik, satu rekayasa politik yang membabitkan ahli politik. Dalangnya ialah Rahim Tamby Chik.

“Ia membabitkan penglibatan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Megeri, Hishamuddin Hussien. Mereka adalah individu yang paling awal menafikan penglibatan pihak polis dalam hal ini, walaupun pada masa itu tidak ada serangan terhadap pihak polis yang mendakwa mereka terlibat,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat hanya sesuai digunakan kepada individu yang memberikan maklumat secara rahsia dan sulit kepada pihak berkuasa, berbeda dalam kes berkenaan.

“Akta ini digunapakai bagi melindungi pemberi maklumat secara rahsia, bukan mereka yang mendedahkan video seks kepada umum, malah mengajak orang (wartawan) menonton video seks berkenaan,” ujarnya.

Justeru itu katanya, beliau mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar supaya bertindak secara profesional mengikut lunas undang-undang bagi mendakwa pihak terbabit tanpa mempedulikan sebarang tekanan politik.

“Kita tidak akan berhenti membuat laporan polis kerana ia (isu video seks) memberikan kesan yang cukup negatif kepada rakyat,” ujarnya.

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s