Shamsul: JAWI dijangka siasat trio ‘Datuk T’


Ketua angkatan muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin berkata, beliau yakin Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menyiasat individu yang terlibat dalam satu tayangan video lucah kepada sekumpulan wartawan dan individu berkepentingan bulan lalu.

Shamsul Iskandar berkata demikian selepas disiasat hampir dua jam oleh JAWI hari ini berhubung dakwaan Qazaf (tuduhan perbuatan zina) yang dilakukan ke atas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya lagi, JAWI telah meminta beliau untuk hadir semula bagi memberi keterangan lanjut berhubung penayangan video yang dijalankan di sebuah hotel ternama itu.

Khususnya, maklumat berkenaan adalah berhubung penglibatan individu tertentu yang bertanggungjawab mendedahkan video lucah tersebut, kata Shamsul lagi.

“Saya yakin JAWI ada komitmen dan nampak bersungguh untuk siasat kes ini. Saya tidak mahu buat andaian awal, tetapi (kes Qazaf) perlu dibawa ke mahkamah syariah untuk dibuat pendakwaan,” katanya kepada media hari ini.

Siasatan ke atas Shamsul Iskandar itu dijalankan susulan laporan yang dibuatnya kepada JAWI pada awal bulan ini, berhubung dakwaan Qazaf berkenaan.
Laporan berkenaan dibuat mengikut seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pada 23 Mac lalu, tiga orang individu termasuk bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengakui bahawa mereka merupakan trio ‘Datuk T’ yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelumnya.

Dua lagi invidu terlibat ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: