Syed Husin: SB tapis pelantikan pensyarah

Senator Dr Syed Husin Ali mendakwa berlaku campurtangan polis cawangan khas (SB) dalam proses penapisan pelantikan pensyarah dan profesor emeritus.

Beliau mendakwa ia adalah satu gangguan oleh pihak berkuasa yang tiada kaitan dengan pentadbiran universiti,” katanya.

Syed Husin, yang turut membangkitkan perkara itu dalam usul terima kasihnya kepada titah Yang di-Pertuan Agong semalam,
menambah, gangguan SB adalah lebih buruk dan lebih bahaya daripada campurtangan politik.

Pada suatu ketika dahulu, dakwanya, pelajar hanya diterima masuk ke universiti jika mendapat ‘sijil kesesuaian’ yang berasaskan kepada
laporan SB.

“Peraturan ini dilawan oleh mahasiswa dan akhirnya ditarik balik, katanya dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini.

“Sekarang ini diketahui bahawa seseorang pemohon untuk menjadi pensyarah akan ditapis sebelum boleh diterima. Namanya dirujuk
kepada pihak keselamatan (biasanya SB). Hanya selepas dibersih atau diluluskan oleh SB, barulah tawaran jawatan dihantar kepadanya.

“Biasanya, hubungan dan pendirian politik pemohon itupun boleh menjadi alasan menyekat pelantikannya,” kata Syed Husin.

Beliau juga mendakwa, SB turut campurtangan dalam pelantikan profesor emeritus.

Katanya, gelaran tersebut diberikan kepada seseorang yang telah berkhidmat selama tempoh tertentu di sesebuah universiti selepas bersara, atas dasar sumbangan dan kecemerlangannya dalam bidang akademik.

“Adalah diketahui bahawa ada kes di mana seorang bekas profesor terkenal tidak diberi gelaran profesor emeritus oleh sebuah universiti ulung kerana disekat oleh pihak SB.

“Badan-badan akademik di universiti itu bersetuju menganugerahkan gelaran ini kepada bekas bekas profesor berkenaan.

“Tetapi, apabila sampai ke peringkat lembaga universiti, campurtangan SB berlaku. Maka tidak jadilah gelaran itu dianugerahkan,” katanya.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: