1 Melayu 1 Bumi: Apakah ini agenda TPM Muhyiddin ?

1Melayu 1Bumi Cabaran Buat Najib – Shamsul
Ditulis oleh ZeanaAima
23/04/2011

SHAH ALAM 23 APRIL : Cadangan Utusan Malaysia supaya diwujudkan gerakan 1Melayu 1Bumi adalah satu cabaran kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata pendirian Najib yang juga presiden UMNO akan teruji berikutan pemimpin itu lantang melaungkan slogan 1Malaysia, yang kononnya menjamin hak semua kaum dinegara ini.

Najib sebelum ini berkata cadangan 1Melayu 1Bumi itu bukan pandangan kerajaan tetapi beliau tidak menyatakan pendiriannya sebagai presiden parti perkauman itu.

Shamsul menegaskan cadangan yang dikemukakan Timbalan Ketua Pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan amat merbahaya dan boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.

“Saya ingin cabar Najib kalau betul dia pegang pada prinsip 1Malaysia Najib mesti berbuat sesuatu dan ambil tindakan kepada mana- mana media yang cuba untuk mengeruhkan hubungan diantara kaum di Malaysia.

“Ini satu perkara yang cukup penting kerana keamanan dan pembangunan di negara ini tentunya tidak boleh berjalan dengan baik kalau berlaku ketegangan di antara kaum. Ini yang cuba dilakukan Umno itu sendiri,” ujar Shamsul.

Isu 1Melayu 1Bumi ini timbul sebaik sahaja tamat pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang menyaksikan sokongan padu kaum Cina terhadap parti DAP yang juga parti kompenan Pakatan Rakyat.

BN yang gusar dengan sokongan tidak berbelah bahagi ini secara tergesa- gesa mencadangkan 1Melayu 1Bumi yang mengajak kaum Melayu bersatu hanya kerana mahu menandingi perpaduan kaum lain, bukannya berpaksi kepada kesedaran bersatu- padu demi kesejahteraan negara.

“1Melayu 1Bumi bercanggah dengan prinsip 1Malaysia,” katanya.

Shamsul menolak dakwaan UMNO BN bahawa bukan kaum Cina sahaja yang bangkit menolak parti perkauman itu, tetapi turut melibatkan semua kaum.

“Saya ingin betulkan beberapa tanggapan yang menyatakan hanya masyarakat Cina sahaja yang bangkit tetapi sebenarnya kalau kita teliti secara mendalam sokongan kaum- kaum di Sarawak itu ianya bukan sekadar masyarakat Cina, kebangkitan yang begitu ketara di kalangan orang Melayu di kalangan orang Iban, Dayak, Ulu dan tentunya masyarakat Cina,” katanya.

http://www.tvselangor.com

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

4 thoughts on “1 Melayu 1 Bumi: Apakah ini agenda TPM Muhyiddin ?”

  1. Bukti pilhan raya negri Sarawak :
    Rakyat Sarawak berbilang kaum sokong penuh
    Pakatan Rakyat bukan saja masyarakat cina.
    Hidup Reformasi !

  2. Majority of Malaysians are sick to the teeth of politics of racism and Utusan Malaysia should be more responsible in its writing.
    Why seek to divide the Good people of the Country as it will only create disunity and harm the progress of the Nation.
    Thank God we have Pakatan Rakyat to counteract all forms of Hitler Nazi inspired racism of hate.
    Long Live Reformasi for all a New Malaysia !

  3. Dear Utusan-Perkasa-Umno, for heaven sake can you all tuan tuan besar leave the chinese alone and STOP making them a convenient bogeyman for all issues affecting the country?Let’s be clear,we ARE NOT INTERESTED to have a chinese PM,chinese Agong,chinese IGP chinese take over the country chinese this chinese that.Just let us cari makan to feed our family,pay our taxes and we will be so thankful to you forever.Just leave us alone,no help nevermind.OK?

  4. One Malaysia its just a one gemik, 1 BUMI 1 MELAYU its already long time in the BN, just think from the past in every budgets….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: