Himpunan BERSIH 2.0: Hishamuddin perlu tarik balik ugutan- Shamsul

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein supaya menarik balik ugutannya terhadap perhimpunan BERSIH 2.0, Julai depan.

Beliau mengulas kenyataan Hishammuddin semalam yang menegaskan bahawa tiada ‘layanan istimewa’ untuk pihak yang terlibat perhimpunan tersebut.

“Saya cabar Hishammuddin supaya menarik balik ugutan tidak berasas beliau yang jelas melihatkan ketidakmatangannya berhadapan perkara itu.

“Tidak timbul Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu takut sekiranya perhimpunan BERSIH 2.0 dijalankan bulan depan kerana pengalaman sebelum ini menyaksikan perhimpunan tersebut tidak mengganggu-gugat keselamatan negara,” kata Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Kata beliau, Hishammuddin perlu sedar bahawa perhimpunan itu untuk menyatakan suara rakyat yang mahukan pilihan raya bersih dengan membuat beberapa tuntutan dan sama sekali tidak bertentangan dengan dasar negara demokrasi.

Ia, katanya termaktub dalam perlembagaan negara yang membenarkan rakyat untuk berhimpun dan bersuara bagi menyatakan sesuatu bantahan.

“Perhimpunan BERSIH bukan isu baru, mereka menuntut apa yang perlu dilakukan oleh pemerintah antaranya membebaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bukannya mengancam keselamatan negara.

“Adakah Hishamuddin terdesak mengeluarkan ugutan seperti itu kerana takut kedudukan politik mereka (Umno) tergugat?, ” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan Hishammuddin supaya mendalami peranan sebenar beliau selaku menteri dalam negeri dan bukan mempertahankan politik Umno-Barisan Nasional.

“Beliau selaku menteri KDN mesti tahu peranannya dan bukan mempertahankan parti politik, ini akan menunjukkan beliau tiada pendirian dalam menangani isu melibatkan negara.

“Ugutan KDN kali ini tiada beza dengan ugutan sebelum ini oleh polis setiap kali perhimpunan dijalankan. Beliau sepatutnya lihat sama ada perhimpunan ini mengancam keharmonian kaum dan keselamatan negara,” ujarnya.

AMK sebelum ini mensasarkan sekurang-kurangnya 5,000 ahlinya untuk turut serta dalam demonstrasi berkenaan yang akan dianjur pada 9 Julai depan.

Perhimpunan tersebut dijangka menghimpunkan lebih 100,000 rakyat yang mahukan perubahan dalam sistem pilihan raya di negara ini, mengulangi kejayaan besar demonstrasi Bersih pada November 2007.

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s