Rapat Anak Muda ke negeri-negeri sebelum pilihanraya

Rapat Anak Muda: AMK optimis jayakan ke setiap negeri

KUALA LUMPUR: Susulan kejayaannya menganjurkan program Rapat Anak Muda 13.0 di Shah Alam Sabtu lalu, Angkatan Muda KEADILAN optimis untuk menjayakan program seumpama itu ke seluruh negara.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, ia sebagai langkah melipatgandakan usaha untuk terus memenangi hati golongan muda bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Sabtu lalu, program berkenaan yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Shah Alam, berjaya mengumpulkan hampir 1,000 perwakilan AMK dari setiap cabang dan negeri.

Selain memfokus agenda AMK, program tersebut turut diserikan dengan persembahan pentas oleh anak muda seperti nyanyian, sketsa dan bacaan puisi.

Menurut Shamsul, selain objektifnya untuk mempertemukan golongan muda, ia juga bertujuan memperkuatkan jentera pilihan raya AMK.

“Program ini adalah untuk menumpukan kepada pilihan raya akan datang, kita akan lebih fokus kepada kawasan Parlimen yang sudah dikuasai dan ditandingi KEADILAN.

“Ini bertujuan membantu gerak kerja parti bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN), kita berharap dengan adanya program ini dapat menggerakkan AMK dengan lebih baik bermula daripada peringkat bawah,” kata beliau.

Katanya, anak muda melalui AMK akan diperkasakan supaya mereka diberi peranan menjadi ejen kepada akar umbi dalam membantu kempen pilihan raya diperingkat cabang dan ranting KEADILAN.

“Sewaktu pilihan raya adalah penting untuk jentera termasuk polis ejen dan ejen mengira undi, ini yang kita mahu anak muda diberi pendedahan yang khusus kerana kita perlukan jentera yang kuat,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai kolaborasi dengan NGO anak muda mahupun kumpulan mahasiswa, Shamsul berkata kerjasama itu telah diaplikasi lebih awal dengan bebeberapa program melibatkan golongan itu.

“Jaringan dengan NGO tetap berterusan, sebagai contoh penganjuran Himpunan Mahasiswa Selangor dan Dialog Profesional Muda yang diadakan baru-baru ini,” kata beliau.

www.keadilandaily.com

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: