FRU kepung Uptown Shah Alam, Timb Ketua AMK Malaysia Sdr Jonah telah ditangkap dan digari

SHAH ALAM: Terdesak dengan kehebatan momentum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, sepasukan polis bertindak keras dengan menghalang road show anjuran Angkatan Muda KEADILAN (AMK) di Uptown, Shah Alam, malam ini.

Polis dengan bilangan keanggotaan yang ramai termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah mengepung sekitar laluan menghala ke Uptown Shah Alam – lokasi tumpuan anak muda sekitar bandar raya itu.

Tekanan awal mulai dirasai apabila beberapa sekatan jalan raya dibuat sebelum polis yang kemudian menghalang orang ramai memasuki Uptown di Seksyen 24 itu, dengan melakukan kepungan sejak jam 7 malam.

Anggota polis turut menutup pentas Uptown yang dijadual berlangsung ucapan pimpinan AMK sempena program road show itu.

“Kawasan ceramah di Uptown dikepung polis sehingga tiada pengunjung dibenar memasuki Uptown itu,” kata Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar atau Jonah kepada Keadilan Daily, kira-kira jam 10.30 malam ini.

Selain Shah Alam, Jonah dalam kiriman pesanan ringkas (SMS), berkata polis juga menahan beberapa anggota AMK yang berceramah di Felda Hulu Selangor. – KD

BERSIH 2.0 – dlm tempoh 24jam telah berlaku dua ceramah Amk di Selangor tentang himpunan Bersih 2.0 dan diganggu, disekat kawalan ketat polis. Ahli amk telah diminta ke balai.Terbaru di uptown Shah Alam 3 jam tadi. Timb Ketua AMK Malaysia Sdr Jonah telah ditangkap digari polis dan telah dibawa ke IPD Shah Alam ketika cermah bersih 2.0 tadi.

-Orenji ren Oren-
Biro Penerangan AMK Malaysia

http://azmieyusoff.blogspot.com

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: