Perbahasan isu Bersih 2.0 pada 12 Julai 2011 oleh Y.B. Teratai Jenice Lee Ying Ha di sidang Dewan Negeri Selangor.

Apakah salahnya ‘Bersih’. Di PBT-PBT kita ada projek Zon Bersih, Ahli-ahli dewan selalu membuat kempen gotong-royong untuk membersihkan kawasan. Adakah perkataan Bersih dan T-shirt yang berwarna kuning boleh membunuh orang? Adakah perkataan Bersih dan T-shirt kuning boleh mengancamkan ketenteraman masyarakat? Adakah orang-orang yang berpakaian T-shirt kuning dengan perkataan Bersih lagi bahaya berbanding dengan perompak atau peragut?

Kenapa ada pihak ‘atasan’ takut sangat dengan kumpulan kuning? Biar saya jawab, T-shirt kuning dengan perkataan Bersih dapat menakutkan pihak-pihak yang tidak Bersih, yang makan rasuah dan pihak yang sapu kekayaan negera! Mereka-mereka akan sakit jantung atau sekurang-kurangnya berdarah tinggi setelah nampak lebih daripada 50 ribu rakyat berhimpun di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011.

Pada 9 Julai rakyat berhimpun secara aman dan damai, tidak ada seorang pun di dalam barisan Bersih membuat kecoh. Tetapi polis asyik menggunakan gas pemedih mata, meriam air dan FRU atau polis tarik dan tangkap peserta-peserta dari kumpulan Bersih tanpa memberi sebarang amaran.

Sebelum perhimpunan bermula polis juga menghalang rakyat menyertai perhimpunan dengan menahankan mereka di pusat tahanan polis tanpa apa-apa alsasan. Contohnya Ahli Parlimen Seremban John Fernandez telah pun ditahan oleh polis apabila beliau tiba di K.L.

Disebaliknya , sebahagian polis dimarahi oleh ‘orang atasan’ kerana tidak dapat tangkap atau tahan wakil rakyat yang akan menyertai perhimpunan Bersih. Kasihan! Polis yang mengikut undang-undang dan menghormati hak asasi manusia dan kebebasan rakyat dimarahi tetapi orang atasan yang mengarahkan polis tembak pembedih mata ke dalam perhimpunan dan hospital tidak didisiplin.

Saya juga menyeru supaya Perdana Menteri dan Menteri-menteri jangan bohong lagi. Mereka menafikan bahawa polis menembak pemedih mata ke dalam hospital. Tetapi saya sebagai salah seorang saksi diantaranya boleh mengesahkan bahawa polis pernah tembak pemedih mata.

Saya mendapat rawatan dari Hospital Tong Shin sejak agak tahun 1985 dan masih menziarahi hospital Tong Shin bila sakit. Oleh itu saya faham dimanakah perkarangan hospital.

Di sini saya ingin mengucapkan Takziah kepada keluarga mendiang Baharudin Ahmad yang telah menjadi mangsa bawah keganasan polis.

Saya berharap pemimpin-pemimpin jangan lari daripada tuntutan-tuntutan dari Bersih iaitu pilihanraya yang adil dan bersih. Suara rakyat tidak dapat ditutup, kerajaan lagi tutup ia akan menunjukkan pemerintahan ‘dictatorship’ BN. Zaman dictator telah lepas. Indonesia sudah ubah, Asia Tenggara (Middle East) sudah ubah dan Kerajaan Komunist di China pun sudah ubah tinggal Malaysia sahaja.

Cukuplah BN jangan menindas rakyat lagi, rakyat kita adalah manusia, hak asasi manusia dan prinsip demokrasi haruslah dipertahankan. Satu idiom dalam Bahasa Mandarin yang berbunyi berikut 水可以载舟,亦可以覆舟 dengan izin. Ini bermaksud air boleh membawa bot dan air juga boleh terbalikkan bot.

Untuk mengakhiri ucapan saya, saya ingin mengulangkan satu slogan yang dicipta dalam pentadbiran BN iaitu Negara Bersih Rakyat Sihat.

Dengan ini Teratai menyokong usul ini.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: