Reformasi Bermakna Membina Jiwa Merdeka : Tolak ‘ketaatan membuta tuli’ !

Kenyataan Media Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

2 September 2011

Reformasi Bermakna Membina Jiwa Merdeka : Perbetulkan ‘ketaatan membuta tuli’ kepada ketaatan yang bijak

“Di atas robohan Kota Melaka;
Kita bina jiwa merdeka..”

Alhamdulillah, segala puji dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana dengan izinNya maka kita, segenap lapisan masyarakat Malaysia diberikan nafas untuk menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-54 pada tahun ini. Berbeza dengan tahun lain, kali ini kemerdekaan disambut di dalam sambutan Syawal 1432 Hijrah. Di dalam masa yang sama, hari ini 2 September 2011 diingati sebagai tarikh keramat gerakan reformasi 1998.

Cebisan kalimat agung cetusan Allahyarham Dr. Burhanuddin Al-Helmy mempunyai filsafat yang tinggi. Empayar Melaka yang gah pada kurun ke-15, roboh rentetan penjajahan Portugis yang menjadi pemula domino penjajahan Tanah Melayu. Faktor yang mendorong kepada kejatuhan empayar ini, bukan semata-mata penjajahan kuasa asing ke atas Tanah Melayu, sebaliknya keangkuhan, kerakusan kuasa, gelumang rasuah dan pengkhianatan yang boleh kita singkap walhasil daripada beberapa watak seperti Sang Kitul, Raja Mendeliar,Nina Sura Dewa dan sebagainya.

Sejarah ini tidak boleh dipadam. Ia jelas termaktub dalam lipatan sejarah. Dan inilah yang diungkapkan oleh Dr Burhanuddin Helmy secara tersirat, bahawa ‘jiwa merdeka’ hanya boleh dibina dengan mengambil iktibar akan pengkhianatan yang membawa kepada roboh dan tertawannya Empayar Melaka.

54 tahun kemerdekaan dicapai, maka generasi muda harus berani kembali menyingkap sejarah. Mengibar bendera dan melaung merdeka bukan penyelesaian mutlak. Sejarah yang cuba dikaburkan oleh pemerintah harus kembali dibuka dan dibahas agar yang hak diletakkan ditempat yang betul.

Mutakhir ini berlaku polemik mengenai sisi sisi sejarah yang berbeza daripada nukilan teks sejarah di sekolah-sekolah. Melihat kepada latah sesetengah pimpinan Umno-BN yang melulu menghambur cemuhan, terbukti apa yang mereka mahu ialah rakyat Malaysia terus ‘dibutakan’ daripada melihat sejarah yang tersirat. Generasi muda Malaysia, semahunya dilalaikan dengan kibaran bendera dan laungan merdeka, tetapi tidak kepada membahaskan teks sejarah yang saban waktu diasak agar dikaji dan ditulis semula.

Adalah sesuatu yang malang apabila pemerintah, khususnya Umno-BN, lebih sanggup melihat rakyat buta sejarah berbanding memaknai kemerdekaan dengan penghayatan sejarah yang mendalam. Inilah akibatnya apabila nasionalisme ditakrifkan sebagai ‘BarisanNasionalisme’, bukan sayangkan negara mendahului hal-hal yang lain.

Justeru, dalam sambutan Syawal, di saat umat Islam umumnya meraikan hari kemenangan, semangat yang sama juga harus dipupuk di kalangan rakyat Malaysia khususnya generasi muda berbilang kaum, untuk terus melakukan reformasi dengan memaknai kemerdekaan melalui pemahaman sejarah yang betul sekaligus memperbetulkan ‘ketaatan membuta tuli’ kepada ketaatan yang bijak !

54 tahun, realitinya tanah air ini bebas daripada penjajahan British dan kuasa asing, tetapi masih terbelenggu dengan mentaliti politik sempit tajaan Umno-BN. Semoga ulangtahun kemerdekaan yang ke-55 akan datang, akan menyaksikan Malaysia sepenuhnya merdeka, merdeka daripada anasir perkauman dan politik sempit.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432 Hijrah dan REFORMASI !

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan
MALAYSIA

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

2 thoughts on “Reformasi Bermakna Membina Jiwa Merdeka : Tolak ‘ketaatan membuta tuli’ !”

  1. memang umngok tu cuba mengilapkan sejarah dia sahaja untuk tatapan rakyat Malaysia. Segala segala nya Umngok. Sedangkan UMNO itu pun sudah dalam bahasa Ingeris. Lihat di Melaka dulu ada tugu di tengah tengah bulatan di Bandar Hilir ada berkata tugu itu untuk kenangan Belanda yang menentang Pemberontak (orang orang tempatan) yang menentang mereka. Kita berjuang untuk tanah air kita di katakan pemberontak. Samalah yang terjadi di Bukit Kepong. ketika itu polis tersebut adalah dibawah jagaan British yang Memerintah di kawasan itu dan juga seluroh Malaya ketika itu. Polis dibawah perintah British maka orang yang menentang British sudah tentu menentang siapa jua yang bersekongkol dengan musuh mereka, tak kira siapa walaupun dia orang Melayu. Banyak orang orang Melayu dah jadi tali barut orang orang Inggeris waktu itu sebab mereka hendak kesenangan dan kemewahan hidup hingga lah sekarang. Harap sejarah ini dapat diperbetulkan dan disanjung kepada orang yang terdahulu yang menentang British keparat tu, seperti Allahyarham Tok Gajah,DAto Bahaman. Mat Kilau dan Tok Janggut dan banyak yang lain.. Al Fatehah untuk mereka semua. Sallam

  2. Tak kan nak roboh kan Kota Melaka sahaja.
    Mari kita robohkan kota UMNO di seluruh Malaysia.
    Salam Aidulfitri maaf Zahir Batin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: