Fitnah Ketua Pemuda MCA, AMK tuntut kenyataan ditarik balik dan pemohonan maaf secara terbuka

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

12 Oktober 2011

AMK mendesak Wee Ka Siong tarik balik kenyataan fitnah dan mohon maaf

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon amat kesal atas tuduhan fitnah yang dibuat oleh Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong tentang blog ciplak Suara Keadilan Malaysia. Kami meminta Wee Ka Siong agar tarik balik tuduhan yang tidak berasas sekali dan memohon maaf secara terbuka dalam masa 24 jam.

Tanpa sebarang bukti yang kukuh, Wee secara tidak rasional telah membuat serangan peribadi terhadap saya. Wee seolah-olah menonjolkan dia sebagai seorang mangsa untuk mangaut simpati orang ramai. Sebenarnya tujuan Wee adalah untuk mengalihkan fokus yang mengkritik Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pemuda MCA yang hipokrit memperguna wajah wanita serta tekanan luar yang mempertikaikan identiti keahlian wanita muda tersebut.

Kebelakangan ini, apabila berdepan dengan tekanan daripada pendapat umum, Wee telah menyatakan ‘apa salahnya sekiranya wanita muda itu cantik?’, ‘pekerjaan tidak membezakan mulia atau murah’ malahan ‘apa salahnya jika mereka adalah pelacur?’ dan sebagainya yang melampau. Kenyataan Wee tidak dapat melindungi kesalahan serta memutar-belitkan fakta yang memalukan wanita muda MCA.

Wee langsung tidak insaf bahawa AGM Pemuda MCA yang memperguna wanita muda sebagai penghias majlis. Lebih dikesali Wee telah memfitnah AMK dan saya menyerang wanita. Ini menunjukkan bahawa Wee seorang yang tidak munasabah malah tiada gender sensitivity langsung.

Wee mesti akur bahawa tekanan yang dihadapi oleh wanita muda MCA adalah diakibatkan oleh Pemuda MCA. Fokus kenyataan AMK bukan ke atas wajah, pekerjaan atau latar belakang wanita muda MCA, malahan membongkarkan bahawa MCA tidak ada iltizam politk untuk melaksanakan kuota 30% wanita sebagai pembuat keputusan. Pemuda MCA hanya menonjolkan wanita muda yang cantik tetapi tidak membenarkan mereka ditemubual oleh media atau menyatakan pendangan mereka. Barulah timbulnya pertanyaan bahawa AGM Pemuda MCA yang mengupah model wanita muda untuk penghias majlis.

Apabila pimpinan Pemuda MCA berdepan dengan media tidak berupaya menjelaskan identiti wanita muda tersebut. Sekejap ahli sekejap pemerhati. Ketua Beliawanis Tee Hooi Ling menyatakan bahawa mereka datang dari Bahagian Subang tetapi Wee Ka Siong pula menyatakan mereka adalah dari Bahagian Shah Alam. Disebabkan MCA pernah ada rekod memasukkan orang biasa sebagai ahli, maka tidak mustahil timbulnya kemusykilan di kalangan orang ramai.

Apabila wartawan memperbetulkan bahawa blog yang dibangkitkan oleh Wee tersebut adalah ciplak, mengapakah Wee masih ingin memburukkan AMK dan saya? Tanpa siasatan, bagaimana Wee boleh menyerang AMK dan saya dengan satu blog yang ciplak? Tambahan pula ramai yang tidak mengetahui kewujudan blog tersebut, hanya Wee seorang yang mengetahui kewujudannya dan terus menuduh. Perkembangan sehingga kini telah menimbulkan pertanyaan samada ia adalah sandiwara untuk memburukkan AMK dan saya.

Saya menegaskan bahawa AMK membantah sebarang niat atau usaha menghina wanita muda. Pendirian saya kukuh seperti membantah Wee yang memfitnah AMK dan saya. Kebanyakan pengguna internet dan pendapat umum tidak bersetuju dengan AGM Pemuda MCA yang memperguna wanita muda untuk menarik perhatian media.

Pemuda MCA perlu memandang serius tentang masalah pokok dan menerima kritikan orang ramai. Jangan memfitnah AMK dan mengalih fokus kerana ia tidak membayangkan perdebatan politik yang sihat.

Oleh itu, AMK dan saya meminta Wee Ka Siong tarik balik kenyataan fitnah segera serta memohon maaf secara terbuka dalam masa 24 jam. Sekiranya tidak, AMK dan saya akan mempertimbangkan tindakan mahkamah untuk menuntut keadilan.

LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: