Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
14 Oktober 2011
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon menyeru agar Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong jangan mengalih fokus untuk menyelindungi fakta AGM Pemuda MCA yang menjadikan wanita muda sebagai penghias majlis.
Lee mencabar Wee untuk berdebat atas tajuk “Apakah Cara Yang Sihat Untuk Menggalakkan Orang Muda Melibatkan Diri Dalam Politik?”. Wee jangan bersembunyi di belakang kuasa media pemerintah untuk membuat pelbagai tuduhan serta fitnah yang tidak berasas terhadap AMK dan Lee.
Wee langsung tidak insaf bahawa tanpa sebarang bukti yang kukuh, dia telah mengguna pelbagai cara untuk mengaitkan AMK dan Lee bertanggungjawab atas satu blog yang ciplak tersebut.
Saya bersedia untuk berdebat dengan Wee Ka Siong supaya kembali ke fokus isu penglibatan wanita muda di Pemuda MCA. Pemuda MCA hanya membenarkan wanita muda ditangkap gambar tetapi tidak membenarkan mereka menyatakan pandangan mereka di AGM. Tambahan pula, Pemuda MCA juga tidak menyokong tuntutan Wanita MCA dalam 30% kuota untuk wanita dalam pembuat dasar.
Lee mewar-warkan perbincangan politik yang positif dan memang tidak setuju dan langsung tiada kaitan dengan blog ciplak Suara Keadilan Malaysia. Namun demikian, Wee telah membuat serangan peribadi terhadap Lee secara berterusan. Malahan Pemuda MCA dan Beliawanis telah bersekongkol dengan Wee untuk membuat spekulasi ke atas satu blog ciplak untuk mengaut simpati. Kesemua itu adalah untuk mengalih fokus utama perbincangan politik.
Lebih keterlaluan, Wee juga menafikan bahawa dia menghalang media untuk membuat temubual wanita muda yang hadir AGM. Media pernah minta untuk menemubual wanita muda tersebut tetapi ditolak oleh Pemuda MCA. Keahlian wanita muda yang mengelirukan sehingga menyebabkan pertikaian tentang mengupah model luar untuk menarik perhatian media. Pemuda MCA telah menghadapi crisis kredibiliti atas perkara tersebut.
Menurut logik Wee yang tidak masuk akal, pengkritik perlu bertanggungjawab ke atas kesilapan yang dibuat oleh pemerintah, pihak pembangkang yang membongkar pembohongan perlu dihukum, maka media yang melaporkan kes sebenar dan ahli akademik yang bercakap benar semuanya dipaksa untuk berdiam diri.
Sekiranya logik Wee itu berasas, maka kebebasan bersuara di Malaysia akan undur ke belakang malahan semua orang yang berbeza pandangan dan pengkritik akan dihukum.
Wee juga menuduh bahawa AMK perlu bertanggungjawab sekiranya tidak melaporkan blog ciplak kepada pihak berkenaan. Adakah Wee juga bersetuju bahawa orang yang tidak menangkap pencuri maka mereka adalah pencuri? Bukankah semua orang sudah jadi pencuri sekiranya logik Wee berasas?
Jelasnya bahawa Wee langsung tidak mengetahui prinsip undang-undang di mana semua orang adalah tidak bersalah sebelum dijatuh hukuman oleh mahkamah atau ‘benefit of the doubt’. Namun begitu, Wee masih mengamalkan double standard dengan memanggil orang yang mempertikaikan Pemuda MCA mengupah model untuk menunjukkan bukti.
LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia