477 Tahanan Palestin Dibebaskan

Dari Malaysia Harmoni

19 OKTOBER 2011

477 tahanan Palestin dibebaskan

Daripada jumlah tahanan yang dibebaskan, majoriti berasal dari Gaza. 315 tahanan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Pembebasan itu adalah gelombang pertama, yang pada tempoh tiga bulan berikutnya, lebih 900 lagi warga Palestin akan dibebaskan.

bebasSementara itu, seramai 1027 tahanan Palestin akan ditukar dengan pembebasan tentera Zionis, Gilad Shalit yang ditawan oleh Hamas sejak 2006.

Lebih seribu wakil media dari pelbagai agensi berkumpul di pusat pemeriksaan penjara Ofer berdekatan Ramallah, dengan harapan dapat menyambut para tahanan yang dibebaskan, namun mereka kecewa kerana tentera Zionis mengubah semula jadual pembebasan.

Harian Israel melaporkan bahawa tempat ketibaan tahanan berubah menjadi huru-hara apabila terdapat segelintir orang membakar tayar di depan penjara Ofer.

Dalam pada itu, sejumlah kenderaan tentera dan polis tiba dengan tentera Zionis berkumpul agak jauh dari pusat pemeriksaan. Ketika tentera mengatakan bahawa tahanan tidak akan tiba, kumpulan pemuda mula membaling batu ke arah pasukan Israel yang membalasnya dengan tembakan gas pemedih mata dan peluru getah. Dilaporkan bahawa seorang tertembak di kepalanya dengan peluru getah.

Sementara itu, di Mu’qata, Ramallah, para tahanan sampai dan bertemu dengan beribu-ribu orang yang berasak-asak menanti ketibaan mereka. Sebahagian daripada yang hadir itu adalah mereka yang ingin menyambut ahli keluarga dan rakan-rakan yang bebas dari penjara manakala yang lain datang untuk menunjukkan sokongan.

“Ini adalah hari yang sangat indah untuk warga Palestin di Tebing Barat dan Gaza,” ujar Osama, seorang pegawai kerajaan Pihak Berkuasa Palestin seperti yang dilaporkan Palestine Monitor.

Osama yang tinggal di Nablus bersyukur kerana Hamas dapat mencapai kemenangan ini bagi rakyat Palestin.

“Mereka melakukan sesuatu yang sangat baik.”

Perdana Menteri Israel, Netanyahu sebelum ini bersetuju untuk membebaskan lebih daripada 1000 tahanan Muslim untuk ditukar dengan pembebasan tenteranya, Koperal Gilad Shalit. Namun masih terdapat 6,600 warga Palestin lagi yang merengkok di penjara-penjara Israel. Sebahagian daripada mereka telah ditahan selama bertahun-tahun.

307 tahanan yang dibebaskan kelmarin adalah milik Hamas, 99 Fatah, 27 Jihad Islam dan 23 Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin. Yang selebihnya adalah dari parti-parti kecil atau yang tidak terikat dengan mana-mana kumpulan.

—Malaysia Harmoni

[Ads]Pizza Baru di Pizza Hut: [Klik Sini]
[Ads]Jom join Churp Churp: [Klik Sini]
[Ads]SPM Tutor TV: [Klik Sini]

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s