Fitnah Lim Guan Eng dan keluarga: Pakatan Kecam Politik Jijik

Dari KeadilanDaily

18 OKTOBER 2011

Pakatan kecam fitnah terhadap keluarga Guan Eng

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Pakatan Rakyat mengecam tindakan Umno yang menyebarkan fitnah bagi mengaibkan keluarga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, fitnah yang mengheret anak lelaki Guan Eng itu merupakan politik jijik yang dilakukan Umno untuk menjatuhkan lawan mereka.

“Kita bersimpati dengan apa yang dialami oleh Guan Eng sekeluarga dan kita melihat inilah cara Umno melemparkan isu fitnah,”

“Tindakan Umno menggunakan remaja yang berusia 16 tahun adalah jijik, mengaibkan dan hanya melambangkan kepura-puraan pemimpin Umno yang mempersoalkan moral serta akhlak,” kata Ketua Umum KEADILAN itu pada sidang media di parlimen hari ini.

Semalam blog-blog pro-Umno dilapor menyebarkan fitnah dengan mendakwa anak lelaki seorang kenamaan di negeri itu mencabul kehormatan seorang rakan pelajar wanitanya.

Blog berkenaan juga membuat spekulasi bahawa identiti orang kenamaan yang dimaksudkan itu adalah Lim.

Anak lelaki ketua menteri yang berusia 16 tahun itu didakwa dipindahkan dari sekolahnya kerana masalah disiplin, namun pihak sekolah menafikan dakwaan berkenaan.

Menyifatkan tindakan itu untuk memenuhi nafsu serakah Umno, Pakatan turut mengutuk dan menggesa fitnah tersebut dihentikan segera.

“Kita berharap Guan Eng dan keluarga dapat bersabar menghadapi fitnah tersebut. Kita ada keluarga dan anak, menggunakan politik sedemikian adalah sesuatu yang tidak masuk akal,” Ujar Anwar.

Sementara itu Presiden PAS , Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyelar tindakan keji blogger Umno tersebut, dengan menyifatkan ia merupakan taktik biasa dilakukan Umno.

“Ini adalah perkara yang biasa, kita akan dijadikan bahan fitnah dan akan mendapat undi simpati. Budaya fitnah biarlah hanya berlegar dalam BN saja dan jangan melibatkan rakyat,”

“Penyakit ini adalah penyakit Umno yang memusnahkan senario politik Malaysia,” kata beliau.

Penasihat DAP , Lim Kit Siang turut meminta kerajaan menyatakan pendirian dan tindakan tegas diambil terhadap blogger berkenaan.

—KeadilanDaily

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s