HIMPUN Untuk Yang Terpinggir – MP Kuala Kedah

KENYATAAN AKHBAR

18 OKTOBER 2011

HIMPUNAN SEJUTA UMAT 22 OKTOBER 2011 MEDAN UNTUK MENYELAMATKAN GOLONGAN TERPINGGIR.

Saya merujuk kepada satu perhimpunan sejuta umat yang akan diadakan pada 22 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam, Selangor anjuran bersama NGO’s dan beberapa individu politikus yang terpinggir dalam arus perdana politik negara. Perhimpunan yang diadakan dengan matlamat untuk selamatkan aqidah akan menjadi medan untuk membakar emosi umat Islam dan mencetus isu agama dengan matlamat untuk memperlekehkan peranan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

Golongan yang terpinggir dalam arus politik negara hanyalah alat atau menjadi jurucakap kepada UMNO dan mereka ini adalah tentera upahan yang sedang menanti laba dari pimpinan UMNO. Mereka mesti membuktikan keupayaan dan jasa untuk mengucar kacirkan kerjasama Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya ke 13 nanti. Jika tidak mereka akan tertinggal dan hilang terus dari arus perdana politik Malaysia. Apa yang hendak dibanggakan kepada golongan ini dalam perjuangan Islam, demi untuk meneruskan cita-cita politik, mereka akan lakukan apa sahaja.

Kerana sokongan non-muslim serta ada yang telah merubah persepsi kepada Pakatan Rakyat yang amat menggalakkan. UMNO mesti melakukan sesuatu bagi menamatkan situasi ini, maka kelompok terpinggir ini digunakan secara langsung. Walaupun mereka akan mempertahankan pendirian, bahawa penglibatan mereka “adalah murni untuk mempertahankan aqidah umat Islam”, kenyataan itu hanyalah helah politik semata-mata. Mereka adalah golongan yang rapat dengan parti pemerintah, berilah pandangan mengikut saluran kerajaan. Adakah kerajaan menunjukkan kesungguhan untuk pertahankan aqidah ini, seperti saranan Mufti Perak.

Saya berpandangan bahawa isu mempertahankan aqidah umat Islam , perlu dilakukan menerusi memperkukuhkan pendidikan dan dakwah Islamiah, Mempergiatkan kebajikan, memartabatkan undang-undang syariah, serta menyebarkan luas dialog antara agama. Himpunan sejuta umat bukan jalan yang hikmah buat masa ini untuk mempertahankan aqidah, apatah lagi perhimpunan ini telah diambilaleh oleh golongan politik yang terpinggir ini. Ia akan menjadi medan untuk mengembalikan sokongan orang melayu kepada UMNO menerusi isu berbau agama. UMNO secara organisasi tidak boleh terlibat, maka proksi UMNO seperti golongan terpinggir inilah akan menjadi hulubalang untuk mempertahankan maruahnya yang semakin terhakis kini.

YB HJ AHMAD BIN KASIM
Ahli Parlimen Kawasan Kuala Kedah.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

One thought on “HIMPUN Untuk Yang Terpinggir – MP Kuala Kedah”

  1. Mereka ini konon memperjuangkan Islam. Tetapi sebaliknya mereka adalah golongan yang memperkecilkan Islam itu sendiri. Seumpama nya dengan mengakutkan Hukum Hukum di dalam Islam kepada yang bukan Islam, bukan sahaja, mereka memperkecilkan agama Islam itu di kalangan bukan Islam, sehingga orang bukan Islam sangat berani menentang Hukum Hukum Islam. Bukan iitu saja, malah berani mengatakan seperti .. sekiranya Islam memerintah, jam akan di putarkan belakang….. bemakna Islam ialah Kolot……ada orang hindu bolih kata seperti .. Al Quran bolih jalan ke?……..dengan ini apa orang Umno kata…….diam seperti orang bisu dan pekak. Banyak lagi kalau hendak bentang kejahilan orang Umno tentang perkara ini. Kini konon hendak memperjuankan Aqidah..POOOOODAH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: