Kerajaan Rakyat Selangor Tidak Akan Tunduk Dengan Pusat Dan SYABAS!

KENYATAAN AKHBAR

19 OKTOBER 2011

KERAJAAN NEGERI TIDAK AKAN TUNDUK KEPADA TEKANAN PEMBINAAN LOJI LANGAT 2

Kerajaan Negeri Selangor tidak akan akur kepada tekanan yang dibuat oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk memberi keutamaan kepada pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Sebaliknya, kerajaan negeri mengulangi pendirian bahawa rundingan penstrukturan semula industri air Selangor harus diselesaikan terlebih dahulu sebelum usaha pembinaan loji Langat 2 diteruskan.

Adalah amat tidak bermoral bagi pihak-pihak tertentu untuk membuat kenyataan menakut-nakutkan rakyat kononnya krisis air akan berlaku pada 2014 jika Langat 2 tidak dibina dengan segera.

Lemabaga Urus Air Selangor (LUAS) telah berulang kali mengatakan bekalan air mentah lebih dari mencukupi di kesemua tujuh empangan Selangor. Motivasi pihak-pihak yang berkepentingan untuk membina loji ini seolah-olah adalah untuk menguntungkan golongan kecil serentak merugikan rakyat.

Jika ada masalah bekalan air, ianya berpunca dari kekurangan bekalan air bersih yang disebabkan oleh kegagalan SYABAS untuk menyediakan rezab air bersih yang mencukupi.

SYABAS tidak menjalankan penyelenggaraan terhadap loji-loji pembersihan dengan efektif serta gagal mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) kepada tahap yang cukup rendah. Sebaliknya mereka terus menekan kerajaan negeri untuk membenarkan pembinaan Langat 2 seolah-olah ia dapat menyelesaikan masalah yang disebabkan oleh kelemahan mereka sendiri.

Kerajaan Negeri hanya akan membenarkan Langat 2 dibina selepas kerajaan Pusat menyelesaikan rundingan penstrukturan semula industri air yang merupakan penyelesaian holistik serta menguntungkan rakyat seperti yang dihasratkan dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006.

Bagi memastikan rakyat memahami hasrat Kerajaan Negeri, kami akan melancarkan fasa ketiga “Kempen Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat” yang akan membongkarkan usaha untuk membelakangan rundingan penstrukturan semula industri air negeri untuk keuntungan pihak yang berkepentingan.

Kempen fasa ketiga ini akan bermula dalam waktu terdekat dan lebih menyeluruh serta melibatkan semua pimpinan Pakatan Rakyat kerana isu ini melibatkan hak dan kepentingan rakyat.

Bagi memastikan hak rakyat terpelihara, Kerajaan Negeri tidak akan membenarkan kenaikan tariff air seperti yang dipohon oleh SYABAS untuk tahun hadapan. Kerajaan Negeri melantik juru audit bagi mengaudit operasi SYABAS untuk menyemak dan mengesahkan kerja-kerja yang dilaksanakan SYABAS seperti penggantian paip dan sebagainya.

Kerja audit ke atas SYABAS ini akan dilaksanakan oleh dua firma perakaunan antarabangsa iaitu Tetuan Atkins dan Tetuan Halcrow.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

[Ads]Pizza Baru di Pizza Hut: [Klik Sini]
[Ads]Jom join Churp Churp: [Klik Sini]
[Ads]SPM Tutor TV: [Klik Sini]

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: