PKR tidak sertai HIMPUN

Dari MalaysianInsider

19 OKTOBER 2011

PKR juga tidak sertai Himpun

KUALA LUMPUR, 19 Okt — Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga mengambil pendirian sama dengan PAS iaitu tidak akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Sabtu ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim  berkata, pihaknya hanya tidak terlibat dengan perhimpunan itu namun teguh mempertahankan prinsip Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan segala usaha mempertahankan akidah umat Islam harus ditingkatkan.

“PKR juga mengambil sikap sama (dengan PAS dan beberapa NGO) untuk tidak menyertai perhimpunan itu.

“Dari segi kedudukan Islam, adalah menjadi keperluan kita memperkukuh akidah, untuk meningkatkan dakwah, kita tekankan itu perlu ditingkatkan,” kata Anwar dipetik Harakahdaily.

PAS dalam mesyuarat lajnah politiknya malam tadi memutuskan tidak menyertai Himpun atas dasar menghormati kehendak penganjur yang tidak mahu ia melibatkan parti-parti politik.

PAS bagaimanapun mengingatkan pihak penganjur agar tidak menimbulkan polemik perkauman dan agama yang akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Anwar (gambar) yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, pihaknya gusar Himpun diperalatkan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab untuk menimbulkan suasana tegang di antara kaum.

Ketua Pembangkang itu sebaliknya menegaskan, masalah moral yang kebanyakannya berpunca daripada longgarnya akidah umat Islam harus diberi penekanan.

“Saya berpendapat isu akidah, akhlak dan dakwah umat itu tanggungjawab yang kita kena laksanakan. Yang menggalakkan judi, arak, yang kuasi syarikat besar itu tiada kaitan dengan kristianisasi… itu masalah umat.

“Masalah kepincangan sosial, rasuah berleluasa, masalah kezaliman…itu juga isu yang dekat dengan Islam. Kalau itu tidak ditangani, itu bukan cara dan pendekatan dakwah yang baik,” kata beliau.

“Lebih-lebih lagi timbul kecurigaan pelbagai pihak tentang muslihat kemungkinan ketegangan yang ditimbulkan pihak tertentu terutamanya daripada Umno,” tegas beliau.

Selain PKR dan PAS, NGO Wadah turut mengundur diri daripada menyertai Himpun.

—MalaysianInsider

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: