“TIDAK SERTAI”-PAS kepada HIMPUN

Dari MalaysianInsider

18 Oktober 2011

Tidak libatkan parti politik, PAS tak sertai Himpunan Sejuta Umat

KUALA LUMPUR, 19 Okt — PAS memutuskan untuk tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang akan berlangsung Sabtu ini atas alasan ia tidak melibatkan parti-parti politik.

Perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat khas biro politik parti itu yang diadakan di sini malam tadi.

“PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program,” kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyaatan dikeluarkan tengah malam tadi.

Serentak itu, PAS Selangor juga mengambil pendirian tidak akan menyertai perhimpunan itu yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor bagi membincangkan isu murtad.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider awal pagi tadi, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman mengesahkan pendirian mereka.

“Sudah tentu,” kata beliau apabila ditanya sama ada ia bermakna pihaknya juga mengambil pendirian yang sama.

Dalam satu pendirian dibuat kelmarin, Dr Rani berkata PAS Selangor tidak mahu perhimpunan itu diadakan dengan niat mahu melaga-lagakan masyarakat berlainan agama.

Dalam kenyataannya, Hadi menambah, PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara demi menjamin keharmonian negara yang berbilang kaum dan agama.

Tegas beliau, sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana- mana pihak.

“PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya,” kata beliau lagi.

Hadi menambah, agenda menyelamatkan akidah merupakan agenda murni tetapi ia mesti diurus dengan cara berhemah.

“PAS menyokong segala usaha memantapkan akidah oleh badan-badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan akidah umat Islam,” kata beliau.

Hadi juga berkata, PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan akidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai.

Petang semalam, Pakatan Rakyat memutuskan bahawa ia menunggu keputusan mesyuarat PAS sebelum membuat pendirian berhubung Himpun.

Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar berkata, mereka juga sedang mengumpul maklumat dari beberapa pihak berkenaan apa sebenarnya tujuan himpunan tersebut.

“Kita serah kepada kebijaksanaan PAS yang akan bermesyuarat malam ini (tadi). Kita sedang kumpul maklumat . . . adakah penglibatan pihak-pihak tertentu sama ada terlibat dengan Umno atau tidak,” katanya.

—-MalaysianInsider

Dari Malaysiakini

18 Oktober 2011

PAS tak akan sertai perhimpunan anti murtad

PAS memutuskan tidak akan menyertai Perhimpunan Sejuta Umat atau HIMPUN yang tujuannya bagi menyelamatkan akidah umat Islam di ibu negara pada Sabtu ini.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat biro politik parti Islam itu dalam mesyuarat di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pada Selasa malam.

hadi awang and mustafa ali pas pc”PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program,” kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri).

Penganjur acara itu pada Selasa memberi jaminan HIMPUN tidak mempunyai kaitan politik ataupun akan digunakan bagi menyerang mana-mana kumpulan.

Secara khusus, pengerusi bersama himpunan itu Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia tiada kaitan dengan beberapa ahli politik kontroversi – Datuk Zulkifli Noordin, Ezam Mohd Noor dan Datuk Ibrahim Ali.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat itu, Hadi berkata, PAS memperingatkan pihak yang terlibat bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama.

NONE”Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, katanya, PAS memandang berat usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

“Agenda menyelamatkan akidah merupakan agenda murni tetapi ia mesti diurus dengan cara berhemah,” kata Hadi.

Beliau juga menegaskan PAS menyokong segala usaha sebegitu tetapi berpendirian bahawa pengukuhan akidah hendaklah dilaksanakan “menerusi jalan dakwah secara damai”.

Ia sebagaimana Islam diterima masyarakat rantau ini secara damai, tambahnya.

—Malaysiakini

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

1 thought on ““TIDAK SERTAI”-PAS kepada HIMPUN”

  1. Kes kes murtad ini dah lama dah, ini kerana kerajaan BN yang lemah untuk membangaun umat Islam di Malaysia. Banyak perkara yang baik di larang dan mukar di paparkan di kaca media BN. Pelajaran Islam langsung tidak di pedulikan malah di remeh temehkan. Ruang untuk anak muda kita tersasar dari Aqidah ialah dari paparan media dan juga hiburan yang ganas di luar sana. Apabila di tegur telinga mereka pekak. Budak budak muda yang kegagalan dalam mata pelajaran maka kekosongan ini akan di isi dengan hiburan yang menghayalkan. Maka dengan ada seronok dan kebebasan amat sangat, untuk membetulkan semula amat payah. Apabila ditegur cara paksa, dari itu mereka akan tukar aqidah mereka untuk mengelak dari di larang, sebab ugama lain tiada larangan untuk mereka bersuka ria seperti di barat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s